Wednesday, May 13, 2009

yg penuh makna...dan tujuan...


kita meminta kepada TUHAN setangkai bunga segar tetapi ia memberi kaktus berduri..
kita meminta kupu2, diberi ulat berbulu2...kita sedih dan kecewa.......
namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali dengan ulat itu menjadi kupu2 yg sangat cantik..itulah jalan TUHAN indah pada masanya.. TUHAN tdk memberiapa yg kita harapkan.
tapi..DIA memberi apa yg kita perlukan...





Hidup ini bagaikan bulan kadang2 terang bergemerlapan..kadang2 bayang pun tak nampak..
seharusnya kita bersedia untuk berhadapan dengan segala kemungkinan.. sentiasalah berdoa
dan berusaha dengan situasi yang membahagiakan, tetapi...jika sebaliknya anggaplah ia sebagai
ujian salah satu tanda sayangnya ALLAH kepada hambanya..
seharusnya kita bersyukur dan reda kerana ALLAH masih sayangkan kita..





suatu hari CINTA dan KAWAN berjalan2 didlam sebuah kampung, tiba2 CINTa terjatuh didalam telaga..
kenapa..????
kerana....
CINTA itu buta, lalu kwan pun ikut terjun ke dalam telaga itu..
kenapa..??
kerana...
KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !! didalam telaga CINTA hilang..
kenapa..???
kerana...
CINTA itu halus, mudah hilang kalau tidak dijaga.. sukar dicari apatah lagi dalam telaga yg gelap..sedangkan KAWAN masih mencari dimana CINTA dan terus menunggu...
kenapa..??
kerana...
KAWAN itu sejati dan kekal sebagai kwan yg setia....




Persahabatan itu seperti tangan dan mata..saat tangan terluka mata menangis..saat mata menangis tanggn menghapusnya...



Rinduku umpama ombak yang tidak bererti..Kasihmu bagai pantai yg setia menanti..



Ungkapan rindu akan musnah ..jika kesetian semakin suram dalam kamus hati kita..jadi..... sematkanlah rindu nan tebal..setia yg kukuh agar perjalanan cinta menjadi segar dan mekar selamanya....




Tuesday, May 12, 2009

kebesaran TUHAN...









'pertemuan yg terlewatkan'

Kita ditemukan ...
Pada suatu yang tak terduga,
tak dipinta....
Kedinginan malam menjadi saksi
pada hangatnya kemesraan kita.
Kita bertemu ...
tanpa suara dan wajah
Namun itulah yang mengikat kasih
juga rindu seorang sahabat.

Kemesraan akhirnya membuahkan kasih
gurauan membenihkan rindu,
namun apa kan daya......
Pertemuan kita sudah terlewat
Kerana kau telah dimiliki,
kasih akan ku kuburkan
rindu akan ku lemparkan
hanya kenangan yang ku simpan
Pada sebuah pertemuan yang terlewat.....

Sunday, May 10, 2009

selamat hari ibu......(hawa)

Hawa,

Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam ,kita dizalimi , hak kita dicerobohi , kita ditanam hidup-hidup , tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam, tiada nilaian dimata adam, kita hanya sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka. Tapi kini bila rahmat islam menyelubungi alam bila sinar islam berkembang ,darjat kita diangkat ,maruah kita terpelihara, kita dihargai dan di pandang mulia, dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan didunia ini melainkan wanita solehah.


Wahai Hawa,

Tangan yang mengoncang buaian bisa mengoncang dunia , sedarlah hawa kau bisa mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang soleh solehah , kau
bisa mengegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan islam di mata dunia. Tapi hawa jangan sesekali kau cuba mengoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu , dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa , jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu. Jangan sesekali mengoda lelaki yang bukan suamimu ,kerna aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah.

Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan , alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam.


Hawa,

Andai engkau masih remaja , jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu , andai engkau seorang
Ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,

Andai engkau belum berkahwin , jangan kau risau akan jodohmu , ingatlah hawa janji tuhan kita , wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan mengadaikan maruahmu
hanya semata-mata kerana seorang lelaki ,jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya. Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki
yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati ,dari senyuman membawa ke salam , dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuaan...takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.



Hawa,

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya ,lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya ,kemanjaannya ,serta kemampuannya mengoncang iman mereka. Tetapi hawa , lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya ,peribadinya ,dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.



Oleh itu Hawa,

Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu,kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu , cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu , biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.


Hawa,

Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insane yang juga menyintai Allah.Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga.




Hawa ,

Ingatanku yang terakhir , biarlah tangan yang mengoncang buaian ini bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi. Jangan sesekali tangan ini juga yang mengoncang keimanan kaum Adam , kerana aku sukar menerimanya .dan aku benci mendengarnya

cahaya hidupku..



semalam..(06.05.79) genap umurku 30 thn... syukur alhamdulilah...aku masih bernafas....TuHAN panjangkan umurku lagi....aku bahagia...disinari 'cahaya hidupku'....anak-anakku..yg paling berharga..dialah nyawaku..dialah juga hartaku....dunia dah akhirat....
tidak ku duga aku punya harta bernilai ini....aku bersyukur padaNYa dikurniakan anak2 yg comel..nakal.....dan tanpa kusedari membesar didpn mata....

moga disuatu hari nanti...TUHAN akn makbulkan doa2ku..untk melhat ankku... berjaya dalam hidup....dunia dah akhirat...dan tidak akan melupakan jasa - jasa ayah ibunya...insyallah...

anak saudara baru..




Tanggal 03.05.2009....lahirlah baby gurl...ank buahku yg baru...nur irma farissa gelarannya....
tak terhingga gembiranya aku.....begitu juga dgn ank2 ku..
syukur alhamdulilah....selamat dilahirkan..sempurna sifatnya....elok parasnya....

Saturday, May 9, 2009

Makan Kawan (Winner of 2008 Digi's Short Short Film Competition)


MAKAN KAWAN - WINNER OF DiGi's SHORT SHORT FILM 2008)


This 2:39 minutes short film is Written & Directed by Azizan Rahim. He is one of the six winners that managed to get a Sony Camcorder and a trip to Hanoi. This short film stars Suresh Hassan Gaekwad and Jaya Gobee. Do watch this short film and leave ur comment...


Dehydration - BMW Short Film Competition .









This 7:05 min short film is our official entry for BMW Short Film Competition 2008. This shorty is directed by Azizan and acted by Suresh Hassan Gaekwad. Plz do gv ur comment after watch this video...


Jaya Gobee Arumugam
Suresh Hassan Gaekwad ( my hubby )
Azizan Rahim

Shooting location: Pantai Sepat, Kuantan











making (Dehydration - BMW Short Film Competition ..)

Thursday, May 7, 2009

sepi-sepi begini...( antara puisi yg kukenang)


sepi.-sepi begini..
aku terkenang..
sebuah padang hijau dengan pohon cemara
yang merendang ke hilr..
aku terkenang kali jernih..
anak-anak ikan bermain..
sesekali menjengul
menggoncangkan teratai putih..

sepi-sepi begini..
aku membilang musim bersamamu..
yang telah jauh tertinggal di belakangku..
aku membaca semula buku-buku kenangan
kisah suka dan tawa kita..
aku mengimbau semula
sendu dan sayu kita..

sepi-sepi begini..aku rindu padamu..
aku rindu masa lalu..yang telah terbungkus debu...
dan saat hujan tiba
aku harapkan mampu
menulis kenangan lagi..
walau dalam mimpi..
kerana kau istimewa.........

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

~Thank You For Visiting My Blog ~