Thursday, June 9, 2011

hati jahat..!!


Dr semalam lg susahnya nak lelapkan mata ini....ade saja yg menganggu hati dan fikiranku, aku cuba melawan hati jahat!! namun hati baik sentiasa lemah dan mudah percaya suara hati jahat itu..."mgkin hati jahat ingin menguji kesabaran dan ketabahan aku kot!!, bisik hati baikku"....cuba memujuk hati baikku itu...
Jam hampir ke 5pagi, mata penat, bengkak setelah mengeluarkan titis2nya sebentar td,,,memandangkan tiada apa yg aku mampu buat dikala ini aku cuba menyengah dimy blog lalu ku coretkannya....apa yg aku rasa diwaktu ini....,
entahlah apa yg bermain difikiran ku ini, ade sahaja yg berlengar2 didalamnya,hati pula tak tenang,berdebar2...sebak...
dah lama tak menangis, dah hampir 2bulan rasanya sebelum itu kurasakan hidupku sungguh bahagia, dan i'm love!! tp.itulah kan Tuhan sentiasa menguji kita, DIA tdk akan beri kita sentiasa bahagia..lantas diduganya kita dugaan pula, ...begitu jg dgn kesihatan kita tdk sentiasanya sihat adakala sakit mendatang...dan ade yg hdup sengsara dan bahagia...begitulah seteruskan.....sedang fikir2 aku sepatutnya bersyukur dgn kurniaanNYA ini....cuma aku menunggu "sesuatu"...jika itu berlaku ......(TUHAN ITU MAHA MENGETAHUI, KU MOHON PADAMU....)

"Dalam kite melangkah kadang2 kite di duga dengan ujian yang terasa berat hingga kite terduduk dan menangis..peritnya terasa tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana dia mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah2 yang tersasar dari KEIKHLASAN..."

Wednesday, June 8, 2011

suprise!! besday present..



Genap sebulan hari lahirku 6/6/2011 ….huhu…..cpt sungguh msa berlalu mcm bru je smlm menyambut ulang tahun yg ke32,jeng..jeng..jenggggg..!!
Aku yg mmg dh lama teringin sgt nak pakai BLACKBERRY salah satu alat telemunikasi baru di alaf zaman ni..dgr2 khbar anginnya sgt cangih!! Dan menepati citarasa semua org.. Boleh melayari internet dan yg pasti bleh login FACEBOOK lagi! Hehehe…..
Tapi…tidak kusangka aku mendpt lebih dari itu sebagai hadiah hari lahirku iaitu iPHONE4.!! Syukur alhamdulilah…..yg aku idam2kan akhirnya ditanganku., selepas ini aku blh melayari internet hnya di iphone, selain blh update FACEBOOK, Chating diGtalk, Ym…,skype dan chek email….Terima Kasih sayang atas pemberian ini….tiada yg lbih berharga dr nilai kasih sayangmu bukannya harta benda ….luv u….



Thursday, June 2, 2011

ANDAINYA LELAKI TAHU...


Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

~Thank You For Visiting My Blog ~