Sunday, November 28, 2010

Cinta , Kasih , Sayang & Hati...

CINTA :
(sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama

(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.

kadang2 cinta
C= cuma
I= ingin
N= nikmati
T= tubuh
A= aku


KASIH :
(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.



SAYANG :
(sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.

HATI :
(sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari bol

Monday, November 22, 2010

Weekend ke SUNWAY LAGOON...







Apa erti persahabatan..???


Dulu...selalu dgr lagu "kawan" nyanyian Ruhil amani...suka sgt....menceritakan erti persahabatan dan sayang.....
persahabatan penuh bermakna andai ertinya dihargaikan...rasa sakit pula bila rasa dikhianati..
saya punyai ramai kawan2.. segala jenis dan mcm2 ragam..sy tdk memilih kawan andai ada keikhlasan dihati sy terima dgn sepenuh hati, sbd sy fikir kawanlah pengubat hati kita..diorglah tpt kita meluahkan segalanya..suka, duka...!!
Tapi....dizaman ini susah nak cri yg betul2 kawan, sahabat kan..,depan bercakp manis..lembut gigi dr lidah..belakang...mcm2 umpatan keji, hina...mengapakah blh terjadi.??? susah sgt ke nak menghargainya....andai ada salah dan silap blh dibincang, berterus terang...jgn jd talam dua muka, musuh dalam selimut..!!!
Dimalam ini saya luahkan segala apa yg terpendam dihati..dah tak tahan menangung apa yg terbuku ni...sekurang2nya sy dpt kelegaan walaupun terpaksa menebal muka..buang rasa malu..seolah2 mengaibkan diri sendiri...tp..sy yakin saya dipihak yg benar..TUHAN itu maha adilkan..dia melihat segalanya.....
Betullah ckp org..bila berkawan kita tdk perlu terlalu rapat...kesederhaan dlm persahabatan..,
tp..saya dah tersilap langkah..! saya terlalu mempercayai kawan sehingga hal peribadi saya dikongsi bersama, tak sangka dibelakang dia mengaibkan saya....sy menaruh kepercayaan ...dan saya sayang kawan itu..diangap mcm keluarga sendiri tp ditikam dr belakang..!!
saya redha dgn apa yg berlaku ......dan sy akan jadikan pengajaran dimasa hdapan....












Tuesday, November 16, 2010

aduhaiii anak perempuanku...........


Hari ini Last Persekolahan bagi sesi2010...So, Biasalah kebiasaan diadakan Jamuan Perpisahan utk kawan2 sekelas or Guru2...Di kesempatan itulah anak perempuan ku ini Si Alisha beria2 ingin Menunjuk Ketulusan dan kebaikkan hatinya itu....hehehe.....
Pabila balik aje dr Sekolah Semalam dah mula meluahkan keinginannya...aku sebagai ibu hnya mampu mendengar sambil berfikir..."nak tunaikan or tidak permintaannya itu", hehe...
tp...Dia sendiri tahu yg ibunya ini tdk pernah membantah dan sentiasa mengikut apa saja dia Inginkan selagi termampu...
Pintanya Mahu aku buatkan "chiken cury" tp...Jamuannya Awal pg, rasanya tak sesuai Menunya tu...so..Aku memujuknya Agar ditukar ke Menu lain...Nasi goreng ayam dan Sandwich Sardin, nyum3....itu juga Antara makanan kegemaranya..!!
Sebenarnya aku sendiri Dah masuk 2hari ni tak sedap badan, Demam, Sakit kepala....Tp..Alhamdulilah hari ni Badan Rasa Segar dan bertenaga sikit walaupun malam tadi langsung tak Tidur..!!
Nak tdur rasanya Dah lewat (dalam pukul 2pg) nanti aku takut tak dpt bgun untk menyiapkan makanan2 yg utk dibawa kesekolah esok.....Punah rasanya harapan Dia...tak dpt bygkan Muka Muncung nya dan rajuknya itu.....
5pg....Dah mula kerja2 ku...Masak dan siapkan semua menu2 itu...sehingga ke 6pg....
Lega rasanya Dihati dpt tunaikan permintaan alisha maklumlah dialah satu2nya ank perempuanku......walaupun kepala Rasa beratnya, lemah...tp..Bila tgk Muka cerianya Segalanya penat dan Sakit itu hilang......
" Rasa Bahagiaanya Bila Lihat keceriaan Anak2, lbih2 lg Apa yg kita korbankan utknya"......
peaceeee n Luv.....

Tuesday, November 9, 2010

SUKAR SANGATKAH UNTUK MEMAAFKAN..????


Setiap manusia pasti akan melakukan kesilapan. Kesilapan yang dilakukan berkemungkinan dari ketiadaan ilmu tentang apa yang dilakukan itu atau juga terlalu mengikut nafsu.


Sebuah hadis kudsi,

Allah berfirman: Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dari-Ku, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu engkau pohon keampunan dari-Ku, Aku ampunkan engkau, aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, engkau jika datang kepada-Ku dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemui-Ku tanpa mensyirikkan Daku dengan sesuatu, nescaya aku datang kepadamu dengan penuh keampunan. (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani)


Kadang-kadang jadi pelik , kenapa sukar sangat kita nak memaafkan seseorang ? Apakah kelebihan kita yang lebih dari dia ? Adakah kita lebih mulia atau lebih tinggi darjat berbanding orang lain ?


Maafkanlah ..dengan memaafkan seseorang itu belum tentukan merendahkan martabat kita..malah lebih mulia disisi Allah

Firman Allah (maksudnya) Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan manfaat sesuatu apapun. Kecuali orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera. Dan (pada hari itu) didekatkan syurga bagi orang- orang yang bertakwa. Dan diperlihatkan neraka jelas nyata kepada orang-orang yang sesat. (surah al-Syu’ara 88-91)

Dari menyimpan dendam yang tak berkesudahan.benci yang tak berterusan ada baiknya maafkan je la.hati akan lebih tenteram dan damai bila kita jadi seorang pemaaf,seorang pemaaf juga menunjukkan betapa dia seorang yang matang.


Tak kira la apa sekali pun dosanya, kita tak layak menghukumnya,Sapa kita ? Tak kira la sapa orang itu,kekasih,bekas kekasih, kawan, suami, isteri,kenalan maya, apatah lagi ada yg tidak mahu maafkan ahli keluarganya.


kalau kita beriman pada Allah, nescaya kita akan jadi seorang pemaaf, seorang pemaaf adalah seorang yang kuat jiwanya,dia mampu terima apa saja dugaan yang datang padanya, kerana dia percaya,dia hanya hamba Allah ! sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun.

Akhir kata...cuba tanya diri sendiri.baguskah aku untuk tidak memaafkan orang lain ?



Moral; Pelikkan, kita marah, kita bertengkar, kita sakit hati, sampai ada yg berdendam kesumat hanya semata-mata kerana hal dunia, asbab dunia, sekali lagi D U N I A.. walhal kita tahu, bagaimana pun kita berusaha bagai nak rak, akhirnya dunia ni akan tinggal je.

Hatta bila kita dipanggil pulang, 'uniform' kita sama, warnanya putih belaka. dari setinggi gelaran Tuanku, hatta sampai kepaling rendah, hamba abdi, malah saiz lubang lahad juga sama. tak ada bedanya.


Tapi yelah, bukan semudah dikata, mungkin kita menderita atas perbuatan mereka, sakit hati, sakit fizikal, tapi seperti mana awalnya, hanya kerana hal dunia.kita bila tembuk yang menyusakkan kita untuk berurusan diakhirat kelak, kita tak maafkan siapa saja yang tidak memuaskan hati kita, lalu, esok, bila orang lain telah selesai urusan kita masih menunggu dan mencari-cari mereka yg pernah kita sakiti dan menyakiti kita untuk menuntut dan dituntut hak.



hanya semata-mata untuk kepuasan dunia yang dah kena tinggal. Berbeda dengan Baginda Rasulullah saw. ketika bilamana Baginda disakiti, Tatkala Rasulullah berdakwah ke Taif, masyarakat Taif bukan sahaja tidak menerima dakwah baginda, malah mencaci, menghina dan melempari baginda dengan batu dan najis. Para malaikat menawarkan diri untuk menghapuskan orang-orang yang berlaku durjana kepada baginda. Tetapi dengan tenang, baginda menjawab: “Biarkan mereka, jangan diapa-apakan mereka kerana mereka tidak tahu, mereka masih jahil.”


berbanding kita sekarang yg akan MELAKUKAN APA SAJA asalkan puas hati...

Walhal Baginda selayaknya mengizinkan dan sekongyong-konyong bumi Taif mampu menelan mereka yang MENYAKITI BAGINDA KERANA BERDAKWAH AKAN ISLAM!yang membawa maksud, perjuangan Baginda untuk akhirat.


Anas ra berkata; Nabi saw. bersabda: Allah swt berfirman: "Sesugguhnya jika engkau berdoa mebgharapkan kecelakaan atas org lain, kerana ia telah menzalimimu dan di samping itu ada orang lain yang berdoa mengharapkan kebinasaan keatasmu karena engkau telah menzaliminya, maka bila engkau kehendaki, Aku akan mengabulkan keduanya atau menagguhkannya ...sampai hari kiamat di mana Aku akan memberikan ampunan-Ku kepadamu berdua." (Riwayat Al Hakim)


Masih ingin marah?, eemm.. jangan biarkan hatimu itu keras. Mintalah pada Allah agar kita sentiasa ada sifat pemaaf, kerana Allah swt sendiri sentiasa memberi maaf kepada hambaNya..

kita nilah hamba, tapi kita sering terlebih lajak dari TUANnya...


Monday, November 8, 2010

30 Perkara Perempuan Tak Sempat Bagitau Lelaki..

  • Dahsyat sungguh pompuan ni...banyak perkara yang mana perempuan lebih suka difahami secara tersirat. ye ke tak sempat bagitau?silakan baca.




    1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.



    2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.


    3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).


    4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.


    5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!


    6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.


    7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.


    8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.


    9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.


    10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.


    11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.


    12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akanmenjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.


    13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.


    14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan denganpersahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.


    15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.


    16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.


    17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!


    18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.


    19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.


    20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.


    21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!


    22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.


    23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.


    24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-matanak tackle kawan mereka yang paling cantik.


    25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.


    26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..


    27. Senjata wanita adalah airmata!!


    28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprisebuatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.


    29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...


    30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.


    Note: tidak semestinya 30 perkara diatas semuanya wujud dalam diri setiap wanita..tapi zaman sekarang ni lelaki pun ramai yang 'apply' perkara-perkara diatas tu . :-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

~Thank You For Visiting My Blog ~