Wednesday, April 28, 2010

Diari seorang isteri....(pengajaran buat sang suami )



Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.


"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.

Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ...."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.

Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.

Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri . "Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu" marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh.... heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis.

Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.

Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang aja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.

Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya. "YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis.Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan embengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.

Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok je....."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah caf?. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi. Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I atang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan. Kau kut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom ler cepat" desak Zakri.

"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil... "Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di iarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering....membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. . Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"

Assalamualaikum.

Abang,

Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa.. Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.

Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging nisa....tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.

Wassalam.
Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.

Ikhlas dari

Nur Nisa

Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya.

Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu.. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan ...YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa....



menitis air mata bila membacanya,,walaupun saya bergelar isteri...

Tuesday, April 27, 2010

aku menangis lagi.......


Aku menangis lagi.....
di penjuru katil aku melekakan diri bertemankan air mata yg tiada maknanya...
terdetik di hati ini...kenapa aku harus membazirkan manik2 halus yg keluar dr kelopak mataku...tp..itulah aku, hanya mampu menangis pabila hati dilanda gelisah, pabila perasaan dilanda taufan..pabila bayk hal juga yg ku tdk mampu menangungnya..
Dr kecil Hingga menjadi seorang ibu...isteri, berbagai2 dugaan yg ku tempuhi, berbekalkan semangat yg ada, aku harungi segalanya...tdk termampu rasanya nak mengungkapi semuanya....
air mataku bercucuri lg.....
kenapa dgn diri ku..?? aku terasa jiwaku ksong, aku rasa hidup ini tdk bermakna..
bermcm2 yg bermain difikiran, bila terpandang ke arah anak2....hati menjadi lbih sayu dan pilu.
Aku hanya perlu seseorg yg memahami aku...aku tdk mampu memendam rasa lg...hati menjadi sebak,beratnya nak menangung..sakitnya TuHan sahaja yg tahu....
aku harap esok masih ada utk aku meneruskan perjalanan hidup yg penuh ranjau ini......
air mata mengalir lg....kali ini arusnya perlahan ...
ahh....hati kembali tenang seketika setelah meluahkannya..walaupun sekadar taipan...bknku ingin mengaibkan sesiapa...CUMA AKU INGIN DIFAHAMI......

Saturday, April 24, 2010

bila hati tidak keruan....



- CINTA dapat mengubah
DEBU beralih EMAS
KERUH menjadi BENING
SAKIT menjadi SEMBUH
DERITA menjadi NIKMAT &
KEMARAHAN menjadi RAHMAT


- Akan ku belai kesetiaan di jiwa,
demi janji yang terungkap...
Biar jauh terpisah,
Biar kasih teruji,
KAU tetap satu
di dalam hatiku


- "Seandainya kehadiran ku di dalam hidupmu sebagai cahaya,
tetapkan la aku untuk terus di dalam hatimu,
untuk menyinari kehidupanmu"


- Sayangi sebuah perkenalan,
kerana di situ terciptanya kemesraan...
kenangi sebuah perhubungan,
kerana di situ terciptanya kerinduan....
Hargai kedua-duanya,
kerana itulah rahmat TUHAN...

- Jangan Tinggalkan Orang Yang Kita Sayang
Untuk Orang Yang Kita Suke,
Kerana Orang Yang Kita Suke
Akan Tinggalkan Kita Untuk Orang Yang Mereka Sayang...
Jangan Cuba Dapatkan Apa Yang Kita Sayang,
Tapi SayangLah Apa Yang Kita Dapat......


- Sekali kau sudi menerimaku
sejuta kali aku akan setia...
sekali bumi beredar
menerbitkan bintang di angkasa
bernafas di dada langit..
selagi itu kau ku cinta...


- Bila mata tak dapat melihat,
hati mula tertanya-tanya...
bila telinga tak dapat mendengar,
hati mula terasa sunyi...
Bila rindu datang menjelma,
di manakah insan yang harus menemani...?


- Andai dapat ku petik bintang,
kan ku sematkan di dadamu..
andai dapat ku capai bulan,
kan ku hadiahkan di hari jadimu..
Izinkan aku sayang,
merinduimu..
Izinkanlah aku sayang,
mencintaimu...
untuk selamanya..


- Sulaman kasih terpaut di jendela
Harumnya merbak kasturi
Wajahmu puteri
Menghilangkan rasa syahdu bila kau hampiri
Luka dalam hatiku bila tiada lagi
Kau Kasih ku rindu
kerana pasti bersama selamanya

moga bersama selama-lamanya
Agar terbina mahkota yang dipohon dan sempurna
hanya Tuhan dapat memahami
buktinya cintaku harapkan
SEJATI selamanya..


- Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan,
mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta?
Andai kata derita itu harga sebuah cinta,
mengapa cinta itu semakin sukar untuk dimiliki??
cinta umpama kota kristal..
indah di penglihatan,derita di perasaan....


- Cinta yang disemadikan tidak mungkin kan layu selagi adanya imbas kembali..
hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi...
jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada...
Parut yang lama pastikan sembuh selagi Iman terselit di dada

Dialog cinta sepasang sepatu




Kiri : Kanan, apakah kau ingat, kapan pertama kali kita saling jatuh cinta?
Kanan : Mungkin sejak pertama kali tukang sepatu membuat pola kita, sepasang sepatu merah yang serasi.
Kiri : Apakah kau yakin kita memang saling mencintai karena kita diciptakan sebagai pasangan?
Kanan : Kenapa tidak?
Kiri : Kenapa tidak??

Kiri : Lalu, kalau kamu memang mencintaiku, kenapa selama ini kau tak pernah bilang, “Kiri, aku cinta kamu”?
Kanan : Karena itu hanya kata-kata. Tak perlu diucapkan, yang penting kau tahu yang ada di hatiku untukmu.
Kiri : Jadi, apakah kau mencintaiku?
Kanan : Hmmm...
Kiri : Hmmm... Hmm?
Kanan : Hmmm...
Kiri   : Kenapa sulit sekali mengucapkan cinta?
Kanan : Kau sudah menanyakan ini ratusan kali, kenapa masih saja terus bertanya?
Kiri : Karena kau tak pernah menjawab dengan jelas.
Kanan : Jadi kau butuh kejelasan?
Kiri : Aku butuh diyakinkan. Sekali saja aku ingin mendengar kau mengatakan cinta padaku...
Kanan : Hanya dengan kata-kata?
Kiri : Hanya itu yang kubutuhkan.
Kanan : Jadi kau hanya butuh kata-kata?
Kiri : Aku butuh diakui.
Kanan : Kau sudah diakui.
Kiri : Diakui apa?
Kanan : Kau adalah pasanganku.
Kiri : Pasangan yang kau ..., apa?

Kanan : Repot sekali kau ini. Hal simpel seperti ini saja kau buat jadi masalah yang rumit. Yang penting kan kau tahu letakmu di hatiku.
Kiri : Kau yang membuatnya rumit. Apa susahnya menyatakan cinta kalau kau memang mencintai pasanganmu?
Kanan : Itu hanya kata-kata, kiri!
Kiri : Karena hanya kata-kata itulah, kenapa jadi begitu sulit?!
Kanan : Kau tak butuh kata-kata dari pasanganmu, kau butuh cintanya! Dan cinta bukan sekadar kata-kata... Kata-kata hanyalah sesuatu yang sangat bersifat permukaan saja.
Kiri : Kalau memang yang hanya bersifat permukaan itu bisa membahagiakanku, kenapa kau tidak memberikannya untuk membuatku bahagia? Bukankah itu sangat ringan?
Kanan : Jadi kau hanya butuh kata-kata...?
Kiri : Aku butuh diyakinkan... Walau hanya lewat kata-kata.
Kanan : Kau picik sekali.
Kiri : Aku memang picik. Jadi, coba sekali saja katakan padaku, “Kiri, aku mencintai kamu.”
Kanan : Aku tidak bisa. Karena bagiku itu hanya kata-kata. Sedangkan cintaku padamu jauh lebih dari sekadar kata-kata.
Kiri : Jadi kau tidak mencintaiku...
Kanan : Kiri, kau ini...
Kiri : Kalau kata-kataku barusan salah, ya perbaiki dong!
Kanan : Kamu yang harus memperbaiki cara berpikirmu!
Kiri : Jadi kamu memang tidak mencintaiku?
Kanan : Aduh!
Kiri : Kenapa aduh?
Kanan : Kamu salah!
Kiri : Apanya yang salah?
Kanan : Aku bukan tidak cinta kamu!
Kiri : Jadi kamu apa...?
Kanan : Aku sayang kamu.
Kiri : Sayang? Jadi cuma sayang...?
Kanan : Aduh...
Kiri : Kenapa aduh lagi? Jadi kamu tidak bisa mengucapkan cinta padaku karena kamu hanya sayang padaku?
Kanan : Bukan begitu.
Kiri : Lalu apa?
Kanan : Oke, aku cinta kamu! Puas?
Kiri : Puas. Terima kasih. That simple, isn’t it? Kenapa tidak dari dulu-dulu....

Kanan : Sungguh menguras tenaga....

Kiri : Itu sekadar ucapan, katamu. Kenapa begitu menguras tenaga...?

Kanan : Hhhh.... Apa lagi habis ini?

Kiri : Aku ingin kamu mengucapkan itu di depan teman-teman kita.

Kanan : Great...

* See the mars & venus miss-communication relationship here? Haha!



pengajaran : cinta tdk perlu diungkap dgn kata2..
: jgn terlalu ego hingga mencetuskan perbalahan..

Friday, April 23, 2010

farmville....










ahaks.!! bertemu kembali...kli ni sy nak bercerita tentang farmville..satu permainan alam maya di halaman muka buku ( facebook )
Pada mulanya saya tdk berminat lansung dgn join game ni..tp..ramai2 kwan2 yg 'invite'...so..akhirnya terjebaklah saya ke sana....hehee
lama kelamaaan dah jadi 'gila' dgn game tu..maklumlah memandangkan saya tdk bekerja, hanya surirmh spenuh msa , byaklah peluang dan msa sy...sehingga larut mlm, awal pagi excited sgt...tp..nasib baiklah suami memahami dlm keterpaksaan..hahaa.
alhamdulilah...saya dah tamat level dan masih melayanni game ni lg hya utk mengisi ruang msa yg ada...jgn tak tahu kwan2.permainan ini membuat kita ramai kwan2 dr pelusuk dunia...menjadi lbih mesra antara satu sama lain....
so..saya akan postkan antara koleksi2 farmville saya......;)

Tuesday, April 20, 2010

colour of life



Asslamualaikum...dan salam sejahtera...

...welcame, n thanks kerana sudi melabuhkan waktu diruangan saya....
pertama skli...saya minta maaf,kalau coretan saya ini menguris hati dan perasaan kalian...
sebenarnya, ramai yg keliru tentang diri saya..lbih2 lagi tentang kehidupan saya,
tp, sy tdk salahkan sesiapa..mereka memang berhak bersuara..

Saya dilahirkan didalam keluarga sederhana..anak kedua dr enam org adik beradik,saya mempunyai empat org adik beradik lelaki dan dua perempuan termsuk syalah...saya juga merupakan anak perempuan sulung,dan...anak perempuan kesayangan abah,hehe...
saya dimanjakan sejak dr kecil, apa saja kemahuan sy abah turutkan..pernah satu ketika dahulu.....kerana keinginan saya utk memiliki anak patung yg saya idam2kan, tdk ditunaikan oleh mak dan abah...so..apa lg..satu rmh saya amukkan...heheh
abah terpaksa mengalah..tanpa berlengah abah keluar ke pekan berhampiran ditpt saya semata2 utk memenuhi hajat anak perempuan ksygannya ini...hehehe
degil kan saya...?? jgn tak tahu..sampai ke hari ini..yg sdh memegang status isteri dan ibu...sy masih bersikap demikian...tp..tdklah melampaui btas....heheh..

Dipendekkan cerita,...tentang akademi saya pula..saya hnya belajar setakap form 5..bkn tiada kelayakan utk melanjutkan pelajaran, bkn juga tdk mahu mengejar cita2...tetapi.....saya tdk berkesempatan dan berpeluang.....
namun saya bersyukur ...kerana saya masih boleh berjaya walau tdk sebagai doktor, guru, loyer, atau lain2 lah..' SAYA BERJAYA KERANA SAYA PUNYA SEGALA2NYA...SUAMI YG PENYAYANG..ANAK2 YG KELETAH DAN MANJA..BUATKU HIDUP LEBIH BERMAKNA'.....


1999...jeng...jeng..jenggg.....hehee...thn yg paling bermakna buat saya dan suami..

awal thn 1999..perkenalan aku dgn sang suami...tdk terfikir langsung dihati dan perasaan ini yg akan bersuamikan seorg lelaki yg bkn dr agama dan bangsa sendiri..
niat hnya utk berkwan..lama2 timbul perasaan sayang...cinta..dan rindu.....
berbagai2 dugaan yg kami terima semata2 utk bersama ..dr keluarga...kawan2...malah polis juga masuk campur hal kami...
tiada yg setuju ....arghhh...! xsangupp rasanya aku nak meneruskan coretan ini..bila mengenangkan detik2...saat2 yg sukar bagi kami...aku dan suami..sebakku mula terasa...tp..kerana semua aku gagahi jua meneruskannya.....


Perkenalan kami mendapat tentangan hebat dr semua pihak..termasuk ibu bapa masing2..ialahkan..ibu bapa mana yg tdk suka klau anak kandung sendiri berpsangan dgn berlainan bangsa dan agama...namun, kerana sayang kami sungguh kuat..akhirnya kami bersama...syukur alhamdulilah...walaupun penerimaan diriku dlm keluarga , masih lg hambar...nopp.!! aku tdk akan mengalah dan putus asa..aku cuba jua mengambil hati masing2..walaupun hati dan perasaan sendiri terseksa...

akhirrnyaaa, kami dikurniakan anak2 yg comei..keletah dan manja...AJAY, ALISHA DAN AKASH..buah hati kami, dan tanda CINTA KAMI.....dalam usia perkwinan kami hampir menjangkau 12thn...
insyallah....aku akan harungi hidup ini...dgn penuh kesyukuran....
buat kawan2 sekalian.....terima kasih utk segalanya...

Wednesday, April 7, 2010

ABAH KEMALANGAN...




~ WAJAH KESAKITAN ABAH ~

tanggal 1 april 2010....
jam 12 tghri aku terima pagilan dr mak dan abah menyuruhku pulang ke kg..semata2 nak jamu anak dan cucu nya satay yg mereka buat sedri..
tp..malang tak berbau... jam 1tghri...aku terima pula pagilan dr adik iparku yg abh dan mak kemalangan..argh.!!..tersentak hatiku.. fikiran ku melayang..'mcmmana abah skrg..?? makkk..?? mcmana blh berlaku..?? tdkk..!!.harap xde apa2 yg serius..'aku jd gelabah,air mata tdk mampu jatuhi ke pipi.sebak dadaku.....mcm tak percaya yg abah dan emak kemalangan setelah ku terima pgilan dr mereka tdk sampai 1jam.

Aku terus bergegas ke hospital..ke bilik kecemasan, hati ku tersentak lg pabila melihat sekujur tubuh lelaki..ya..!.itu abah.., aku hampirinya., oh tdk..! kaki abah sedang berbalut , darah mula mengalir di bibir, kaki abah patah..aku xsangup nak melihatnya..aku kuatkan smngat xnak menangis didpn abah...aku xnak abh susah hati,...
mak.?? ....aku mencari mak pula..nurse meberitahuku..mak dibilik x-ray..aku bergegas pula ke sana...alhamdulilah...mak cuma cedera ringan..tp..terpksa di x-ray juga takut kalau2 ada cedera dlaman...

risau dihati ini masih belum hilang...kenapa terjadi kepada mereka...mak, abah yg besarkanku...itulah pepatah dulu2...'malang tdk berbau'..tp,aku bersykur kepadaNYA..mereka masih bernyawa....mak,abah yg menjagaku..walaupun aku sudah berkeluaga aku tdk akan lupakan jasa2 mereka hngga kehujung nyawa.

2 APRIL 2010...
Abah terpaksa ditahan wad...manakala mak semakin sembuh, mgkin masih trauma ats segala yg berlaku..aku sbagai anak perempuan sulung terpksa memikul tgugjwap...walaupun terpksa berkorban segalanya dan selagi mana yg termampu ..
abah masih dihospital,setiap hari aku berulang alik ke hospital, apa sahja kemahuan abah aku turutkan..aku juga xlps peluang utk menjaga abah diwaktu mlm...

14 APRIL 2010..
kaki abah terpksa operate utk dimasukan besi..jam 8.30pg, abah dimasukan dibilik pembedahan...aku , mak dan abang setia menuggu abah keluar dr bilik pembedahan, xsabar rasenya nak melihat abah sembuh seperti sediakala..didlm hati ini tiada siapa yg tahu...
jam 12.30 tghri ...alhamdulilah....pembedahan berjaya, syukur kepadaNYA..
rasa gembira dan lega menerjah dlm diriku...

16 APRIL 2010...
Abah dibenarkan pulang....nampak jelas kegembiraan di wajah abah...
dlm situasi begini...bermcm2 halangan dan dugaan yg ku terima..tp..alhamdulilah..
aku dpt hadapinya..walaupun aku terpksa berkorban hati dan perasaan dan byk pengajaran yg ku terima....semngat itu semua aku terima juga dr kwan2 terima ksih semuanya.. memberiku kekuatan dan semngat.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

~Thank You For Visiting My Blog ~