Wednesday, September 2, 2009

'OMBAK RINDU' dlm kenangan.....


assalamulaikumm....n salam sejahtera....
hr ni tiba2 terdetik dihati nak singgh ke my blog..entahla..tiba2 ada idea...dan terpandang juga novel2.. yg belom dibaca...hehee
sy sememangnya suka membaca...lbih2 lg..novel..sejak dr bangku sekolah lg..minat membaca novel ..apalg..berjumpa pula dgn kawan yg sama minat.....so...biasalah..bertukar2 novel..dan cerita...

tp..baru2 ni cousin my hubby..'mempromote' satu novel kepada saya...mulanya tak berminat sgt..so..saya hya buat simpanan.....hehee...erkk..!! bkn buat harta sendiri tauu...
satu malam...biasalah..turn hubby pula guna pc..then..sy pun.takde apa nak buat.melainkan melayan VCD or DVD... tiba2 mata ini terpandang...ditpt rak..baris2 koleksi novelku...arghh..baru kuingat...! OMBAK RINDUU.!!!!
so..tanpa melengah lg...sy terus gapai...ermm....start dr 1 bab...dah menarik perhatianku...apalg...ku teruskan membaca...dan membacaa....... kusyuk sgt mbca..sampaikan kerja harianku tertanguh...hb nya mampu mengeleng kepla..hehee

1 hari sy menghabiskan novel tu...bayk pengajaran..yg saya dpt...antaranya...'kasih sayang' dan 'pengorbanan'...
saya tak akan lupakannya...kerana....memang best ..!tahniah...Fauziah Ashari...pengarang novel OMBAK RINDU...



SINOPSIS OMBAK RINDU...

OMBAK RINDU IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

~Thank You For Visiting My Blog ~