
sepi.-sepi begini..
aku terkenang..
sebuah padang hijau dengan pohon cemara
yang merendang ke hilr..
aku terkenang kali jernih..
anak-anak ikan bermain..
sesekali menjengul
menggoncangkan teratai putih..
sepi-sepi begini..
aku membilang musim bersamamu..
yang telah jauh tertinggal di belakangku..
aku membaca semula buku-buku kenangan
kisah suka dan tawa kita..
aku mengimbau semula
sendu dan sayu kita..
sepi-sepi begini..aku rindu padamu..
aku rindu masa lalu..yang telah terbungkus debu...
dan saat hujan tiba
aku harapkan mampu
menulis kenangan lagi..
walau dalam mimpi..
kerana kau istimewa.........
No comments:
Post a Comment