Saturday, August 28, 2010

Sayu...kerana kamu "my pren"....

Selesai bersahur , solat subuh.....tiba2 hati ni sayu....pilu....
entahlah ..bnyak perkara yg bermain dalam fikiran dan hati ini..rasa bersalah, rasa rindu....sedih...

sedih bila rasa tdk dihargai sebagai sahabat yg selama ini berkongsi suka , duka bersama2...
rindu bila dah tdk berpeluang gelak, nangis sama2 lagi....rindu kenangan bersama2nya...
rasa brsalah bila rasa diri ini mgkhianatinya....tp, tdk berniat cuma ingin melihat dirinya bahagia, tdk mahu dia terlalu lalai mengejar perkara yg belum pasti akan menjadi nyata....
mengapa awk sangup membuang saya sbgai sahabat baik awk..?sedangkan awk pernah kata...
"kita ni adik beradik tau..cuma lain mak, ayh..."
"aku tak blh takde ko ty...aku rindu kat ko"
" kita kongsi msalah sama2 yek..ko rasa sedih ..aku pon rasa sedih.."
masih mekar dlm ingatan ini..bila kita menangis bersama bila kita luahkan msalah kita masing2 kan......rasa lega bila ada kwan yg blh kita kongsi duka.....
awk ckp....."aku xblh takde ko ty"..aku rasa sunyi ...tp, skrg awk dah tak ada saya...macmana awk skrg yer...saya risaukan awk..sy cuba happykan diri....tp..hati saya tetap pada awk......
sehari kita xberjumpa..memg terasa kehilangan walaupun sekejap kan..entahlah awak....
kita berserah kepadaNYA kan...



bila awk rasa sedih...sy pon turut merasakan..
bila awk gembira sy 2x ganda lg sy rasa...sy suke tgk awk happy..gelak...
skrg awk dah buang saya.....sy terima dgn hati yg tenang....mgkin saya bkn sahabat yg baik untuk awak...sy dah xde kwan "meroyan" hati saya dah tawar utk jd sahabat baik pada siapa2 lg......sy doakan awk bahagia ye ....jg sedih2 lg..awk akan jumpa sahabat yg lbih baik dr saya....ok...sy percaya tu.....
kali terakhir kita jumpa..21hblan ogos...waktu itu kita dah mcm ada perselisihan...saya dpt rasa...saya rasa bersalah dgn awk...
awk hantr sy di bus stand...waktu tu saya dpt lihat wajah kesayuaan awk..tp..sy tak sangka itu kali terakhir kita jumpa utk persahabatan kita ..
moga kita akan jd sahabat lg....hingga akhir nyawa kita..insyallah.....
yg pasti saya terkilan dgn awak.....tp...saya tetap sayangkan awak n awk tetap kwan saya sampai akhir hayat.....
awak suka lagu ni kann.....





Thursday, August 26, 2010

Kepada Mereka Yang Ada Cinta Terlarang ..





Something for me and all to think about…………



1. Kami tidak berzina!

- Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menhampiri zina..


2. Kami hanya bebual, berbincang, bertanya khabar, adakah menhampiri zina ?

Ya, perbuatan itu boleh menjerumus pelakunya ke lembah penzinaan.


3. Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat kearah itu …

.- Hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengenai sasaran. Ia telah menipu moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula terlupa. Siapalah kita jika dibandingkan dengan Adam dan Hawa ? Iblis amat licik. Pengalaman banyak, Ia ada lebih 1001 cara. Ingat pesanan Rasulullah: Jangan engakau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan ( H Tabrani ). Syaitan akan menghembuskan nafas berahi. Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.


4. Tidak semstinya semua orang bercinta menjurus kepada perzinaan. Ada yang hanya bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja dan tak pernah bersua pun!!

- Betul! Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat launnya desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis, akanmengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya??


5. Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itu pun zina juga ke ?

- Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinnyatakan oleh Rasulullah: Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua-dua kaki juga berzina dan zinanya berjalan (menuju ke tempat dating) . Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman ( hari Muslim dan Abu Daud) Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada perzinaan


6. Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja

!-Berdiskusi pelajaran, betul ke ? jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba- hambaNYA. Kita belajar nak cari keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun,kalau tidak di berkati oleh Allah,kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia, akhirat lebih lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan di tulis oleh malaikat Raqib dan Atid?


7. Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni “ study group”-

Study Group..? Nampak lain macam sahaja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua saja. Kalau ya pun, carilah study group yang ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni..betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu dihabiskan dengan fantasi cinta!


8. Tidaklah, sungguh berbincang pelajaran

.-Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan nafikan fitrah manusia yang ada nafsu.


9. Kami sama-sama belajar,study group, saling memberi semangat dan motivasi.

.- Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat,banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan,tidak terganggu,dapat berkat dan rahmat pula.


10. takkan tak ada ruang langsung dalam ISLAM untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?

- Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri iti tidak wujud pada diri seseorang,tak normal namanya. Islam bukan dating membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak akan melakukan perkara yang dilakukan oleh paderi dan sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu dating tanpa dinudang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nakurinya. Jagan jadi malaikat! Kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia. Dunia dan seisinya akan hambar tanpa naluri/ nafsu.


11. Tentu ada cinta secara Islam.

- Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku stelah ijab dan qabul; Cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan kudus. Cinta bermaruah,bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara, tentu ia digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa “sesuatu” yang lebih baik iaitu perkahwinan. Sabda Rasulullah S.A.W : “ Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. ( hari Ibni Majah).Cinta adalah maruah manusia, Ia terlalu mulia.


12. Kalau begitu, cinta remaja semua menghampiri kepada penzinaan?

-Ya. Kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan terusik. Kemudian perasaan dilayan,kemudian teringat, rindu. Kemudian di atur pertemuan, kemudian duduk berdua-duaan, kemudian mencari tempat sunyi sedikit, kemudian berbual sehingga malam gelap. Hubungan semakin akrab, dah pegang tangan, duduk semakin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam… Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan penzinaan?Penghujung jalan cinta adalah penzinaan dan kesengsaraan. Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibubapa yang telah melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun.


13. Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat, tidak sampai berzina. Kami tahan diuji..

-Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauihi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang


14. Jadi manusia itu tak tahan di uji??

-Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia, Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak akan tahan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan Satu peristiwa untuk iktibar bagi manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh dimakan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan Nya, manusia tak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan hampiri pokok khuldi itu . Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi tersebut. Tetapi Allah tahu sifat kelemahan Adam dan Hawa. Jika mereka menghampiri tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina, di tegah berzina. Maka,jalan kerah penzinaan itu juga di larang. Takut apabila berhadapan dengan godaan penzinaan,kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar dari pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.


15. Tetapi cinta selepas kahwin banyak maslah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan untuk berkahwin.

-Bolehkah kita percaya dengan perwtakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. masing-masing akan berlakon dengan watak yang terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai2 lagi. Masa cinta adalah lakonan semata-mata. Masa bercinta, merajuk ada yang akan pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk aka nada yang pujuk. Banyak orang dah kecewa kerna tertipu dengan kepribadian semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza, macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang,penyabar. Tapi bila dah kahwin,lewat lima minit dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah sesuatu kepuraaan atau hipokrit.


16. Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagiaan hidup nanti

.-Bagaimana di harap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hamba NYA yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang akan menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu jika jalan mencapai keredhaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan berumahtangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tetntu prosesnya bukan bercinta sebegini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapatkan keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung,bagaimana kesudahannya??


17. Tanya sedikit..adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke ? ganti bercinta…

- Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru,kulitnya Nampak berlainan,tetapi isinya tetap sama. Adik angkat,kakak angkat, abang angkat adalah satu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya ‘angkat’ ini sebenarnya telah masuk kedalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk di korbankan. Namakan apa sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan ke akhirnya akan bertemu dengan zina.


18. Jadi, seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?

- mengukur maruah diri bukan dengan ditentukan oleh manusia, tetapi oleh pencipta manusia. Sebab ukuran manusia berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk cinta akan menyatakan oaring yang sedang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga dirinya, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci itu. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah di tentukan oleh Allah.


19. Adakah orang yang bercinta hilang maruah?

- Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah menggadai maruahnya kerana mereka mengahmpiri penzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali orang yang pernah berzina juga. Mereka tidak layak untuk berkahwin dengan orang yang beriman. Allah berfirman: “ Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik. Dan peremoaun yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian terlarang kepada orang-orang yang beriman” ( Surah An Nur:3) Jadi orang yang pernah bercinta juga tidak sesuia untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah ianya satu penghinaan Tuhan ??


20. Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?

- Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.


21. Kami telahpun berjanji sehidup semati…

-Apa ada pada janji setia cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang.


22. Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab..

- Tahukah hati budi lelaki:? Sejahat mana lelaki apabila mengambil wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok, suka berfoya-foya, lelaki biasanya memilih perempuan murahan kerana itu suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.



23. Jadi, perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?

- tentu, mana ada lelaki yang normal suka pada barang “second hand” sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka akan menggambarkan perempaun seperti kereta yang diletakkan di show room sahaja; display only. Tapi ada yang boleh test drive. Ada pula kata; sekadar sepinggan mee goring dan sgelas sirap, bawalah kehulu-hilir. Sedihkan?? Itulah hakikatnya..


24. Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini ?

- Ya, masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti,mereka ada pasangannya. Firman Allah:“Dan orang2 lelaki yang memelihara kehormatannya serta perempaun yang memelihara kehormatannya. Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar. ( Al- Ahzab: 35)



25. Bagaimana kami ?

- Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon kemapunan dari Nya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha NYA


26. Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha?

- Taubat yang murni, taubat yang sebenar-benarnya, taubat yang memenuhi 3 syarat:a) Tinggalkanlah perbuatan maksiat. Putusakanlah hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.b) Menyesal. Menginsafi diri di atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.c) Berazam. Bertekad didalam hati tidak bercinta lagi dengan sesiapa yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah slepas ijab qabul.

Ya Allah, hambamu telah tersesat jalan, ampunilal dosa-dosa hamba Mu ini. Sesungguhnya engkau maha pengampun dan penerima taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkanlah diriku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan ahklak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jaga diriku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapa ku curahkan kasih itu kepada orang lain. Oh Tuhan,hamba Mu berdosa.

Kita berpisah kerana Allah, kalau ada jodoh tidak kemana!!





Kisah CIkgu, Murid dan kasih Sayang....

kisah murid, cikgu dan kasih syg...
Pd suatu hari, sorg murid bertnya kepada guru, ketika itu guru tersebut sdg mengajar mengenai kasih syg,,

pelajar : " Cikgu, mcmana kita nak pilih seorg yg terbaik sbgai org yg kita syg.??mcmana juga kasih syg itu nak berkekalan...".
Cikgu : " ok, kamu ikut apaa yg saya sruh, kamu pergi ke padang ,kamu berjln diatas rumput sambil memandang rumput dihadapn kamu.pilih yg PALING cantik tanpa menoleh kebelakang lg walau sekli..dan petik rumput yg paling cantik bawa kekelas"...
apabila pelajar tersebut pulang ke kelas tiada sehelai rumput pun ada ditgannya.., cikgu bertnya" kenapa tiada rumput yg dipilih.??"

pelajar : " tadi , masa sy berjln,sy carilah rumput yg paling cantik, memg ada byak yg cantik..tp cikgu ckp petik yg PALING cantik, maka sy pun terus berjln kedpn sambil mencri yg paling cantik..tanpa menoleh ke blakang lagi....tp...sampai dipenghujung padang..sy tak jumpaa pun yg paling cantik, mgkin ada diantara belakng sy td rumput yg paling cantik..tp, dah cikgu ckp xblh menoleh kebelakang semula, jd tiadalah rumput yg sy blh petik"..


Ckgu : " ya, itulah jwapannya, maknanya pabila kita tlh jumpa seseorg yg kita syg..jgnlah kita mencari lagi yg lbih baik dr itu.hargailah org yg ada didpn kita sebaik2nya...jgn kita menoleh kebelakang lagi..kerana yg berlaku tetap dah berlaku, semoga yg paling tdk berulang lagi dan ingatlah org yg paling kita syg itulah yg paling cantik dan baik..............:)

Tuesday, August 24, 2010

Hati Seorang Sahabat....


Malam tadi kamu dah kawan baik kamu bertengkar...kamu membuat keputusan utk tdk bercakap dgnnya keesokkan harinya...dia tersenyum padamu, sebaliknya kamu mengetap gigimu padanya...dia menceritakan perkara baik tentang kamu kepada kwan2nya yg lain ...sebaliknya kamu menyebar khabar angin mengenainya..dia mendekati dan menegur kamu..tp, kamu tolaknya ketepi.......


bginya kamu seseorg kawan yg terbaik...kamu pula rasa dia seorg kwan yg paling teruk yg kamu jumpa,dia menulis nota kepada kamu dan menceritakan semula kenangan2 manis yg pernah kamu dan dia berkongsi bersama...
kamu pula menulis semula saat buruk yg kamu ingat selama bersamanya...jauh disudut hatimu kamu mengasihinya..tetapi dihatimu penuh dgn kebenciaan, keesokkan harinya kamu terjumpa nota drinya :



dear.....
saya cuba memberitahu kamu semalam tp..kamu tdk memberi saya peluang utk saya bercakap, saya cuba memberitahu kamu berita gembira tp..kamu takut utk mendengarnya...saya cuba utk senyum kepada kamu tp..kamu sambut dgn penuh kebenciaan...sekrang ni kaadaan saya sgt teruk dan makin teruk....
saya minta maaf kerana hari ni saya tdk dpt berjumpa dgn kamu, saya tulis surat semasa saya dihospital..saya sudah kesuntukkan masa dan saya terpksa memberitahu kamu sekrang...
saya minta maaf atas pergaduhan kita..kamu memang seorg sahabat yg hebat..saya berjanji saya akan perhatikan kamu sentiasa..
salam kasih sayang.....

kamu pun berlari kehospital untk meminta maaf kepadanya..tp hnya ibunya sahaja berada disitu..ibunya menekad mukanya dgn kedua belah tgnnya...dan dia pun menangis.....dia melutut dan berdoa supaya tuhan kembalikan anaknya...

kamu sudah terlambat..kamu berharap dpt beritahu kwan kamu yg kamu ingin minta maaf dan ucap selamat tinggal...

pengajaranya....
semua kawan ada msa naik dan turun..dan kadakala kamu perlu minta maaf..dan jgn tgu org lain mulakan dulu..sbd kamu tdk tahu apa akan jadi esok hari...


mengapa ye..sahabat susah nak kekal lama..???adakah sbd keegoaan...
kdgkala disebd hal sebesar kuman blh menjadi punca perbalahan dan meruntuhkan ikatan persahabatan itu walau bertahun lamanya...dan ikatan itu juga blh hilang hnya sekelip mata........

saya kesal kerana sahabat baik saya blh tinggalkan saya...saya sedih, saya akan rindukannya.......

SMKKK 1996 ( Majlis Berbuka Puasa)




Assalamulaikum wbt....
bersua kembali.....kedua kalinya berpeluang berjumpa dgn kwan2 skolah lg...
Alhamdulilah.....bertuah rasanya diri bila dihargai sebagai kwan..biarpun jrg bersua muka, hnya alam maya tempat utk bertnya khbar dan melepaskan rindu ...
kali ini bertempat di SHERETON IMPERIAL HOTEL KUALA LUMPUR,menjadi saksi pertemuaan antara kami smua rakan2 sekelas dan sekolah dimana ada yg sekian lama tdk bersua, dan ada juga berjumpa buat seterus klinya...hehehe....inilah next event para bekas pelajar smkkk 1996, alhamdulilah..semuanya berjalan lancar...majlis berlansung dgn happening skli
xlekang dek senyum dan tawa masing2...manakala telatah anak2 menjadikan suasana lbih meriah
majlis bermula pada 7.30 iaitu waktu berbuka puasa bagi kwasan kl ..dimulai dgn bacaan doa, dijamu pula dgn pelbagai aneka makanan ...nyum3.. selepas itu diadakan pula kejutan utk salah satu kwan kami yg menyambut ulang thn perkahwinannya...tahniah yus dan isterinya...!!moga ikatan perkawinan kalian akan berkekalan higga akhir hayat..insyallah...dan utk penganjur kami dan yg membuat perancangan ini semua kami..siapa lg klau tdk RAJA AHMAD ADLI selamat ulang thn juga moga dipanjang usia dan diberkati selalu...amin....
selesai semuanya....setelah sesi sembang, bertukar cerita dan bertnya khbar ...memg seronok sekali sekala bertemua kawan2 lama ni...insyallah next event akan buat yg lagi grand dgn kehadiran kwan2 lain....
peace n luv................


Thursday, August 12, 2010

Perkara pelik yang dah x pelik dalam bulan Ramadhan..


1. Amalan di bulan Ramadhan hanyalah adat Kadang2 kita puasa dari pagi sampai malam macam zombie sebab org sekeliling puasa gak..lupa nak doa, mintak ampun dengan Allah supaya jauhkan kita dari azab-Nya..puasa hanya pada makanan bukan anggota badan yg len..

2. Ramadhan, bulan yang banyak berkisar pasal makanan Kalo perasan, dalam bulan Ramadhan ni lah kita lebih banyak ckp pasal makanan..Sepanjang hari pikir nak masak apa, nak makan apa, nak bukak pose kat maner, bazar maner best tapi lupa nak fokus pada solat, Quran dan ibadah lain..Bulan Ramadhan ni kadang2 nampak cam bulan pesta makanan..Kadang2 kita lupa naper kita berpuasa, sebaliknya berpuasa menjadikan kita tamak dan nafsu makan pun lebih melonjak bukannyer dikawal..

3. Menghabiskan masa seharian memasak Ada plak sesetengah kaum isteri yang memasak sepanjang hari siang dan malam, (untuk berbuka n kuih2 raya)sampai bila dah tirai malam mula berlabuh, penat sgt..x larat nak solat Isyak, Terawih/ baca Quran sekalipun..Memang le dapat pahala besar org yg memasak untuk org berpuasa, tapi kan ni bulan yg penuh keberkatan dan pengampunan..rugi lah kalo x guna sebaiknyer..

4. Makan berlebihan Ada plak yang makan sampai kembung masa Sahur sampai perut cam dah nak meletup, konon2 sebagai cara x nak rasa lapar waktu siang hari..ader gak yang berbuka puasa cam ibarat esok tidak akan kunjung tiba (nak qadha' makan siang)..hehehe.. kan dah x ikut sunnah tu. Makan berlebih2 ni biasanya akan buat kita jadi lebih tidak rajin dan tidak baik untuk kesihatan.
.
5. Tidur Sepanjang Hari Ader plak org yang menghabiskan sepanjang masa siangnya (ataupun sebahagian siangnya) mencipta taik mata sebagai cara untuk menahan lapar/mengelak diri daripada berbuat sesuatu yang merugikan pahala puasa (takut terbuat dosa)..Macam dah hilang jugak tujuan berpuasa tu dan nampaknyer dah menghambakan diri kepada keselesaan plak..Tak lah berdosa, tapi macam rugi jugak tu..

6.Berpuasa tapi masih tak tinggalkan amalan 'luar biasa' Ader gak yang berpuasa tapi masih menipu, bergaduh, mengumpat, mencuri, tengok gambar/video yg 'luar biasa' (paham2 jelah ek)..hehehe..kiranya puasa hanya jauhkan diri daripada makanan dan minuman, tapi tak takut pun dengan Dia yang dok tengok kita 24 jam..kena gak puasa mata. telinga, hati, etc..

7. Sengaja tak sahur tak yah komen ni..bayangkan kalo sahur je leh dapat pahala besar tau..Pemurah sgt2 Allah ni terutamanya dlm bulan Ramadhan..rugi le kalo x sahur..

8. Tak berpuasa kalo tertinggal sahur/lupa baca niat Ader plak yg rajin sahur, tapi gerun sgt2 utk puasa kalo terlepas sahur..Takut mati kelaparan kalo tak sahur.. Ader gak yang kalo lupa baca niat kuat2 sehari sebelumya, tak berpuasa terus..Padahal, niat je dalam hati ckp esok nak puasa pun dah dikira niat tu..betul tak?

9. Makan non stop sampai nak masuk waktu Isyak Ader jugak yang letak makanan banyak2 dalam pinggan masa berbuka, pastu menikmati juadah yg lazat2 tu ngan kuih muihnya,teh etc..sampai tak solat maghrib pun..hehehe..Kalo ikut sunnah, kan Nabi Muhammad s.a.w berbuka dengan kurma je, pastu terus solat maghrib..selepas tu baru sambung makan balik..

10. Puasa tapi tak solat ni tak yah komen..paham je kan?

11. Puasa tapi tak menutup aurat Menutup aurat adalah wajib setiap masa baik lelaki atau perempuan..Rugi dah puasa elok2, tapi pakaian masih belum terjaga..kan2? Kurang pahala puasa tu dan pahala org lain yg memandang.

12. Puasa = diet untuk kuruskan badan Sila lah jangan niat utama berpuasa tu untuk menguruskan badan..Berpuasa ni hanya kerana Allah semata2..tapi, Insya-Allah boleh menurunkan berat badan dengan izin-Nya..

13. Solat Terawih hanya malam ke-27 Ada plak yang memang solat terawih masa malam ke-27 sebab nak mencari Lailatul Qadar, walaupun kan ader hadis Rasulullah cakap malam tu adalah malam yg ganjil bilangannya dan dalam 10 malam terakhir (tapi memang ader gak yang hanya solat terawih 10 malam terakhir je)hehehe..

14. Mensia2kan malam2 terakhir Ramadhan dgn persiapan yg berlebihan untuk raya Adr jugak yang menghabiskan 10 hari terakhir Ramadhan pergi shopping untuk buat persiapan raya sampai lupa nak buat ibadah khusus..besenyer time2 ni lah, saf wanita dah pendek masa terawih..hihi..sibuk membuat kuih raya di rumah..Padahal kan dah ditekankan kepentingan 10 hari terakhir Ramadhan (Pembebasan Dari Api Neraka)..eloknya, persiapan raya ni dibuat sebelum Ramadhan..supaya leh banyakkan lg amalan lain dalam bulan ni.

15. Majlis berbuka yg 'luar biasa' Walaupun menjemput rakan2 datang berbuka puasa di rumah kita adalah sesuatu yg mulia dan amat digalakkan, tapi ader org yg berlebih2an le plak..Bergaul bebas, tepuk sana sini, pakaian terdedah, tak solat Maghrib inikan pulak nak terawih..Siap ader nyanyi lagu yang jiwang2 mengingat awek dan balak.. aper2 pun, perkongsian di atas adalah untuk diri sendiri jugak yang tak sempurna lagi imannya..Memandangkan Ramadhan baru menjelma, masih belum terlambat untuk memperbaiki amalan2 kita..dan buatlah sesuatu hanya kerana sayang dan kasih pada-Nya. kawan2

Salam Ramadhan

Alhamdulilah........








MENU BERBUKA PUASA
AYAM MASAK LEMAK CILI PADI, AYAM GORENG, SAYUR CAMPUR DAN ROTI JALA & ROTI SARDIN...




KEPENATAN BERPUASA...HEHEHE
Alhamdulilah...berjaya juga habiskan puasa utk hari pertama ni , bermula dr bersahur, berbuka puasa dan solat terawih semuanya kurasakan sungguh bahagia bila ditemani insan2 tersayang..Syukur Dgn Rezeki Yg dikurniakannya....
pelbagai karenah anak2 bila berpuasa ni akulah yg kena mainkan peranan, memujuk, membelai supaya semuanya berada dlm kesempurnaan...segala kemahuaannya aku turuti utk memberi lbih lg semangat pada diaorg..kesiannya anak2 tp..bak kata org tua melentur buluh biarlah dr rebunnyakan..
So ..hari pertama puasa ni, segala keinginan anak2 aku turuti dimana ayam goreng kegemaran diorg jd sajian utk berbuka...Alhamdulilah......

Monday, August 9, 2010

Ramadhan kembali........

Ramadhan dtg lagi....seperti thn2 sudah aku yg byak mainkan tgujwap keatas suami dan anak2..alhamdulilah...pintu hatinya sudah terbuka sedikit demi sedikit, itulah yg aku tggu2kan.begitu juga anak2 yg semakin bertangung jwap ..

RINTIHAN RAMADHAN

Tuhan...
Telah ku sering terdengar
tentang kebesaran Bulan Ramadhan
Didalam alquran dan sabda junjungan
hanya aku yg sering melupakannya

Dibulan yg mulia ini
Laut penganmpunanMu tiada bertepi
Rahmat dan nikmatMu tiada terbilang
Syurga terbuka dengan seluasnya

Tuhan kusedari, kelemahan diri ini
Yang tidak istiqomah dalam beribadah
Ramadhan berlalu....ibadah pun berkurangan
Begitulah diriku yang sering kelalaian..
Semoga di Ramadhan kali ini..
Dapat ku perbaiki..kelemahan diri
Akan ku cuba mendidik nafsuku....
Agar subur kehambaanku terhadapMu

Lailatul Qadar akan menjelma
buat mereka yang menunggunya
Para malaikat merendahkan sayapnya
Meratakan rezeki untuk semua

Bimbinglah aku menuju jalanMu
Tingkatkan iman dan ketaqwaanku.....
Agar baktiku tetap padaMu
Biar pun Ramadhan telah berlalu

Selamat Berpuasa Kepada Semua..Semoga dgn kedtgan RAMADHAN kali ini menjadikan kita lbih bersemngat utk memperbaiki diri, mengukuhkan keimanan & mempertingkatkan Amalan,
Semoga RAMADHAN kali ini menjadi RAMADHAN terbaik utk kita...dan, Ampun Maaf Andai ada Tersilap Kata Tersalah Bicara...

Sunday, August 8, 2010

Dugaan dtg lagi...


Genap 1miggu (8/8/2010) peristiwa yg menguris hati dan perasaanku, akan ku simpan higga akhir nyawa..
mengapa aku seringkali diduga yer, kdg2kala hidup ini aku rasakan tdk bermakna langsung...
hanya bila terpandang wajah2 kesayanganku..ajay, alisha dan akash hatiku mula tersentuh dan semngat utk terus bgun dr belukar kedukaan.tp..siapalah aku hnya insan kerdil dan tdk mampu melawan takdirNYA juga..aku pasrah ...


" Mungkin TUHAN ingin menguji aku lg..dan ingin aku dekatkan diri padaNYA" terdetik hatiku.....
.YA TUHAN....aku hnya insan biasa, berilah aku petunjuk..berilah aku jalan keredhaan...amin...
( hanya DIA yg mengetahui..)

REUNION SMKKK D'TMN NEGARA









Assalamualaikum....dan salam sejahtera..
rasanya lama nyepi....nthlah, byak msalah sejak akhir2 ni...sampaikan tiada masa utk bercoleteh dgn kwan2 semua...
so...hr ni ada masa..ada mood..utk menulis lg, lbih2 lg byak cerita yg belum dikongsi..hehee antaranya ialah reunion sekolah yg bru2 ni bru selesai pada 10/07/2010.Sebenarnya sudah lama merancang utk membuat "come back" berjumpa dgn kawan2 sekelas dan satu sekolah...setelah hampir lbih 10 thn tdk berjumpa..of course byak perkara dan cerita ingin dikongsikan...Akhirnya, Alhamdulilah..syukur padaNYA perjumpaan itu berjaya juga akhirnya walaupun kurang sikit sambutan. tp memg seronok dan sangat bermakna, xpercaya?? tanya kwan2 lain...heheh
Semiggu sebelum perjumpaan itu memg aku dan kwan2 lain sgt excited , maklumlah nak berjumpa kwan2 lama kan..yg dulu sama2 belajar dlm satu kelas dan sekolah.
tdk ketinggalan aku sendiri..seronok sgt xsabar rasanya...ialah..aku bkn selalu punyai peluang begini lg bermakna suami izinkan aku mengikuti perjumpaan itu. walaupun aku tahu berat sungguh hatinya nak melepasakan isteri tercinta dia ni berjauhan drnya....hehehe...
Hari yg dinantikan pun tiba......jeng3....pagi2 aku sudah bangun, utk bersiap sedia..juga siapkan anak2 aku, makanan, pakaian dan segalanya..aku nak pergi dgn hati yg tenang dan gembira..
Aku bertolak dr Rumah dalam pukul 12thgri dah lewat tu..tp, kaadaan tdk mengizinkan utk bertolak awal memandangkan kwan2 lain dtg dari jauh,hampir 20 org yg dtg oklah tu dr xde langsungkan..perjalanan dr kuala krau ke tmn negara memakan msa hampir 2jam lbih..memg menyeronokkan byak cerita2 yg dikongsi bersama ..gelak tawa, ramah mesra gurau senda juga...alhamdulilah..lbih kurang dlm pukul 5ptg kami semua sampai dan chek in diMotel, Pada malam itu Kami berBBQ, bercerita dan paling seronok kami masuk hutan (offroad) memg adventure dan mencabar, dan paling kami tdk akan lupa apabila kami diuji...setelah berapa lama tdk menjumpai jalan keluar bila di baca ayat2 Al- Quran semuanya selamat.akhirnya kami pulang juga...
Keesokan Harinya,(11/07/2010) pagi2 selepas bersarapan ..kami mula jungle tracking..memg memenatkan ..huhu..tp..seronok dan enjoyyy..!!
jam 4ptg kami mula beredar, berat hati nak meninggalkan tpt itu..dimana semuanya sungguh bermakna buat kami .....Thanks kwan2 ....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

~Thank You For Visiting My Blog ~