Thursday, June 9, 2011

hati jahat..!!


Dr semalam lg susahnya nak lelapkan mata ini....ade saja yg menganggu hati dan fikiranku, aku cuba melawan hati jahat!! namun hati baik sentiasa lemah dan mudah percaya suara hati jahat itu..."mgkin hati jahat ingin menguji kesabaran dan ketabahan aku kot!!, bisik hati baikku"....cuba memujuk hati baikku itu...
Jam hampir ke 5pagi, mata penat, bengkak setelah mengeluarkan titis2nya sebentar td,,,memandangkan tiada apa yg aku mampu buat dikala ini aku cuba menyengah dimy blog lalu ku coretkannya....apa yg aku rasa diwaktu ini....,
entahlah apa yg bermain difikiran ku ini, ade sahaja yg berlengar2 didalamnya,hati pula tak tenang,berdebar2...sebak...
dah lama tak menangis, dah hampir 2bulan rasanya sebelum itu kurasakan hidupku sungguh bahagia, dan i'm love!! tp.itulah kan Tuhan sentiasa menguji kita, DIA tdk akan beri kita sentiasa bahagia..lantas diduganya kita dugaan pula, ...begitu jg dgn kesihatan kita tdk sentiasanya sihat adakala sakit mendatang...dan ade yg hdup sengsara dan bahagia...begitulah seteruskan.....sedang fikir2 aku sepatutnya bersyukur dgn kurniaanNYA ini....cuma aku menunggu "sesuatu"...jika itu berlaku ......(TUHAN ITU MAHA MENGETAHUI, KU MOHON PADAMU....)

"Dalam kite melangkah kadang2 kite di duga dengan ujian yang terasa berat hingga kite terduduk dan menangis..peritnya terasa tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana dia mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah2 yang tersasar dari KEIKHLASAN..."

Wednesday, June 8, 2011

suprise!! besday present..



Genap sebulan hari lahirku 6/6/2011 ….huhu…..cpt sungguh msa berlalu mcm bru je smlm menyambut ulang tahun yg ke32,jeng..jeng..jenggggg..!!
Aku yg mmg dh lama teringin sgt nak pakai BLACKBERRY salah satu alat telemunikasi baru di alaf zaman ni..dgr2 khbar anginnya sgt cangih!! Dan menepati citarasa semua org.. Boleh melayari internet dan yg pasti bleh login FACEBOOK lagi! Hehehe…..
Tapi…tidak kusangka aku mendpt lebih dari itu sebagai hadiah hari lahirku iaitu iPHONE4.!! Syukur alhamdulilah…..yg aku idam2kan akhirnya ditanganku., selepas ini aku blh melayari internet hnya di iphone, selain blh update FACEBOOK, Chating diGtalk, Ym…,skype dan chek email….Terima Kasih sayang atas pemberian ini….tiada yg lbih berharga dr nilai kasih sayangmu bukannya harta benda ….luv u….



Thursday, June 2, 2011

ANDAINYA LELAKI TAHU...


Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.

Tuesday, May 24, 2011

Tanah Runtuh di Hulu Langat









Gambar Sebelum kejadian


KAJANG 21 Mei – Seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat .rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja. Kesemua penghuni rumah itu adalah lelaki.
Ketika kejadian pada pukul 2.30 petang kesemua penghuni rumah anak yatim itu berada di dewan serbaguna untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada pukul 5 petang sebelom kejadian itu.Runtuhan tanah dari bukit itu dikatakan menimbus dewan serbaguna yang terletak di lereng bukit itu menyebabkan bangunan setingkat itu musnah sama sekali. Turut terkena runtuhan tanah itu ialah sebuah surau...

Ya ALLAH...menitis air mataku mendengar, melihat kejadian ini...kesian anak2 yatim dan mangsa2 kejadiaan...Moga Roh2 mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan digolongan org2 yg beriman..... memg tersentak sgt hatiku.....begitu berat dugaan yg menimpa mereka....




Sunday, May 15, 2011

"LUBUK BERINGIN" (malay movie)




Jeng,,jeng,,jenggggg,,,,,,,,gudnews! Next project my hubby MALAY MOVIE is “LUBUK BERINGIN”..pertama kali malay move yg hb buat, kebiasaan sebelum ini TAMIL MOVIE/SHORT MOVIE…heheh….., nak tahu story movie tu tak?? Hehehe…dalam pembikinan skrg, storynya jeng3…tggguuuu……….
Sebenarnya sudah lama sy suarakan pada hb , apa salahnya mencuba direc filem2 melayu tak kira filem pendek (short movie)or sebaliknya , tp..hb tdk yakin pada diri sendiri…huhu..perkenalannya dgn seorg teman yg sememgnya dikenali sebelum itu tp..Cuma tdk beberapa close sgtlah…dia customer hb yg selalu dtg ke kedai…, bila bercerita tentang filem2 luar Negara dan dalam Negara skrg tiba2 tercetus idea mereka ingin mencuba filem malay…memandangkan masing2 punya minat yg sama….;) so…setelah perbincangan dibuat, disokong sebulat suara maka “LUBUK BERINGIN” diberi tajuk utk filem itu…dibarisi teman2 hubby yg ingin mencuba/mencari pengalaman baru termasuk sayala…kekekekeke….
Firdaus,zainal,Ibrahim, nora, suresh@azlan(my hubby) dan saya sendiri….heheheh…
Zainal dan nora dh ada experience mereka berdua ni suami dan isteri dan pernah berlakon , bkerja di belakang tbir, mgkin xkekok utk mereka berlakon selepas ini..lainlah saya…huhu…sebenarnya sy ni pemalu hehehe, tp…kerana hubby sy terpksa terima tawran hb tu..memandangkan susah nak dpt pelakon utk filem itu, xpela ..dpt pengalaman barukan..kekee..…;)
Sebenarnya “LUBUK BERINGIN”masih dalam pembikinan, belom siap sepenuhnya…so..!! tunggulah kemunculannya…wait & see..!!



Antara short movie my hubby dan kawan2nya...
pernah memenangi award (Winner of 2008 Digi's Short Short Film Competition)


Friday, May 6, 2011

Today My Birthday...



Dah tua saya ni rupenya...hehehe....umur dah mencecah ke angka 32,,,,alhamdulilah..aku masih bernyawa dan masih dpt menghirup udara , menghayati dan menikmati keindahan2 ciptaan maha kuasa...disamping mengharungi kehidupan yg penuh ranjau, dugaaan dan godaan...
12am 6/5/2011
Sewaktu berada di MAMAK FOOD SHOP with kawan2 suami, Masih sempat my hubby mengucapkan"HAPPY BIRTHDAY" ringkas tp bermakna perkataan itu......diselangi dgn Ciuman dipipi dan dahi, sedih, sebak dan terharu yg diri ini masih dihargai dan disayangi..selain dr itu jg aku menerima SMS dari kwan2 dan saudara mara...terima kasih tdk terhingga atas ingatan itu...huhu
Awal pg Ajay anak sulungku mengadu sakit perut , hb membawanya ke hospital dan rupanya dia ada gastrik, aduss.....rasa bersalah pon ada, spertinya aku tdk menjaga anak2ku dgn baik...tp..aku dh lakukan sebaik mgkin utk anak2 dan keluargaku...
ajay tdk ku hantar ke skolah , cuma alisha dan akash...
Balik dr sekolah menitis air mata ini setelah mendapat kad buatan sendiri dr anak perempuanku alisha....terima kasih syg...luv u...

Biarpun tdk ku tiupi lilin , seperti kebiasaannya tp..aku bersyukur kerana ade insan2 kesayanganku disekeliling, lunch time hubby mengajak aku lunch di PIZZA HUT biarpun kerana terpksa makan veegetarian.. simple celebrate but bermakna....
seperkara lg , sebenarnya genap 1thn pemergian mendiang makcik hubby yg ku anggap mcam ibu sndiri...dihari lahirku lah ia meningglkan kami semua....masih teringat2 kemesraan dan kenangan2 kami....sebak rasanya.......


Tetapi...aku masih blh senyum kerana Hari Ini Dari Jam 12tgh malam sehingga kesaat ini..tak putus2 kawan2 mengucapkan selamat hari lahir buatku tdk kira by hp or laman web FACEBOOK...terharu sgt2.....thanks sahabat2ku....tanpamu hidupku tdk seceria hr ini....peaceee n luv........

Trip ke penang with family









Hye Geng's...
Salam Kerinduaan dr saya , sudah lama xmenyengah dsini maklumlah penuh dgn aktiviti , termasuk aktiviti dgn anak2...so, tiada berkesempatan dan ke'mood'kan utk me'update news..hehehe....
Kali ini nak bercerita tentang trip ke penang bersama2 family my hubby, sebenarnya dah lama merancang berkumpul ramai2 sekeluarga memandangkan dah lama xbersama mother's , father, n bro/sis in law.. Alhamdulilah segalanya telah teratur dan sempurna, walaupun berlainan bangsa dan agama rasanya tdk menjadi msalah buat saya ,,kita kan satu malaysia..!! hehehe...

JUMAAT,29/4/2011 (2.30pm )Sy, hubby dan anak2 bersiap sedia utk keseremban terlbih dahulu, kerumah Mentua kerana disitu kami ipar duai, adik beradik berkumpul...dalam pukul 5ptg kami sempai ...alhamdulilah..
next..~ Kali ini perancangan berbeza sedikit, kebiasaannya kami semua mengunakan transports sendiri tp...
father law merancang kami semua menaiki bas travel, kerana dgn cara itu kami blh mengeratkan lg perhubungan memandangakan dah lama xberjumpa, beramas mesra...hehe...Jam 8mlam, bertolak dr seremban, Memg seronok.!! anak2 dpt bermesra dgn cousin2nya...my hubby jg tdk ketinggalan bersama2 dgn familynya..Rasa seronok bla berkumpul ramai2 mcm ni biarpon kdgkala sy tdk memahami apa yg mereka bualkan ...hehe

SABTU 30/4/2011 (5am)- Kami semua sampai ke penang, chek in di apartment SRI SAYANG... last sy kesana 2thn lepas..huhu....
rindu nasi kandaq!! ngeee~ xsabar nak rasanya lg...so..memg letih, mengantuk lg.. memandangkan kami dah ade jadual lawatan so..terpaksa ikut time utk rest dan waktu2 lainnya...huhu, selesai sarapan pagi kami dh mula jalan2 cari makan disamping cuci2 mata (shoping)...Ahaks.!
byak tempat jg kami lawati antaranya Pagoda shoping, sleeping budha, batu feringgi ,Train (bukit bendera dan lain2 lg....letih tp rasanya berbaloi..!!
Malamnya pula sy , hubby dan family menikmati PASEMBUR salah satu makanan fames dipenang selain nasi kandaq..memg menyelerakan dan sedappp!! Tak heranlah 2plate memcecah harga ke RM100..
Yg pasti mengenyangkan dan puas hati…hhee
selesaikan menikmati makan malam..kami semua pulang ke apartment keletihan dan kemengantukkan teramat....So..masa utk ZZzzzzzz......

AHAD 1/5/2011 (7am )
hari terakhir kami disni penang, masing2 berkemas dan bersiap sedia utk pulang.....
sebelum berangkat sempat lagi merasaai nasi kandaq PELITA dan Naik feri...hehehe..(xpenah naik feri ...biasa naik bot je..kekeke..)
dalam pukul 2ptg kam meningglkan penang...bye..bye.. sob..sob....
dalam pukul 8pm...kami sampai ke seremban ...dan terus bertolak pula ke pahang....penatnya....ALhamdulilah...kami selamat sampai dalam pukul 12tgh malam....
kenangan terindah dan bermakna itu tdk akan ku lupakan buat salama2nya.....
luv u all...!!

Monday, March 28, 2011

nyaris terjebak!

s - hi

me - hye­ ­

s - mana?

me - ambui..lawo pic­ ­
rmh­ ­

s - pic mana satu????????

me - pic n la­ ­

s - ermmmmmmm.....biasa je
pic awk lg lawa

me - xdelaaa­ ­

s - tk kuar ke?
jumpa pakwe

me - xdelaa..mana ade pakwe­ ­
tu suami nak letak mana­ ­
haha­ ­

s - betul takde ke?

me - wat pe nak cri pakwenya..­ ­
dh ade laki.weh­ ­

s - laki tetap laki....... pakwe lain

me - ade ke mcm tu plk­ ­

s - napa tk leh plak

me - mana blh­ ­

s - kt mana 2 boleh

me - mana ade kat man2..memg xblh pon..keke­ ­

s - apa plak tk leh

me - utk apa semua tu..cerr citer..cerr citer­ ­

s - bg yg perlukan rasa cinta

me - perlu ke cinte terlrang ttu?­ ­

s - jd kan ia sebagai cinta yg tk terlarang klu serasi

me - bgmana plk dgn psangan kita?­ ­
sedangkan kita dh temui cinte sejati drnya?­ ­
hehehhe­ ­

s - hidup hanya sekali......... terlalu fikirkan org lain...... kita tk dpt apa2

me - xdpt apa?­ ­
ishk..kasih syg tu..anak2.­ ­
bkn ke berharga dan bernilai tu­ ­

s - anak tetap anak.

me - berani curang?­ ­
tak tkut dosa? bersalah pd psnagan kita?­ ­

s - jodoh pertemuan bukan kita tentukan
S**** is offline.

perbualan antara saya dgn kawan lama,,,tulah klau dh kurang kasih syg rasanya sy dh termakan kata2nya itu...alhmdullah...hatku masih kuat utk suami tercinta dan anak2 tersyg.....

Sunday, February 13, 2011

Kenangan



Tahun 3..





Tingkatan 1




Gambar diwaktu tingkatan 5

gambar2 zaman persekolahan...
last dpt juga gambar Tahun 3...Thank u so muchhh Ita..!!
kawan ku sejak dibangku sekolah rendah lg.....

Weekend With My Love's...



Seperti biasa setiap hari ahad hb cuti..so..aku mengambil kesempatan untuk meluangkan masa sepenuhnya bersama2 keluarga Tersayang..So..Pagi2 aku dgn Hb ke pekan sari Temerloh ,tujuaanya mencari ikan patin untuk sajian lunch nanti...
Memg seronok jalan2 disana macam2 ada............;)...so..sajian untuk tghari Masak Tempoyak Ikan Patin, Sambal jering, sayur kacang dan ayam goreng berempah...
Tiada yg lebih membahagiakan bila disamping insan2 tersayang...walaupun penat tp berbaloi......peaceee.......

Saturday, February 12, 2011

Dgn Kawan2 lagi.....





so...7FEB 2011 bersama2 dgn azra n muzalina pula di Tmerloh....
walaupun sekejap tp..berbaloi rasanya.......thanks my pren's....luv u all....






Ehem2...Cuti Tahun baru Cina Baru2 ni...cari dan curi kesempatan untuk berjumpa kawan2 yg sekian lama xberjumpa..ngeeee...
So...Hari sabtu 4FEB 2011. Berjumpa dgn Saliza AKA Selek (panggilan waktu skolah dlu.) kekeke...jalan2 ke Taman Temerloh dan Sungai Pahang je...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

~Thank You For Visiting My Blog ~