





Hakikat Perjalanan Kehidupan Semalam dan hari ini adalah merupakan hari-hari yang penuh bermakna dalam kehidupan...



Setiap manusia pasti akan melakukan kesilapan. Kesilapan yang dilakukan berkemungkinan dari ketiadaan ilmu tentang apa yang dilakukan itu atau juga terlalu mengikut nafsu.
Sebuah hadis kudsi,
Allah berfirman: Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dari-Ku, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu engkau pohon keampunan dari-Ku, Aku ampunkan engkau, aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, engkau jika datang kepada-Ku dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemui-Ku tanpa mensyirikkan Daku dengan sesuatu, nescaya aku datang kepadamu dengan penuh keampunan. (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani)
Kadang-kadang jadi pelik , kenapa sukar sangat kita nak memaafkan seseorang ? Apakah kelebihan kita yang lebih dari dia ? Adakah kita lebih mulia atau lebih tinggi darjat berbanding orang lain ?
Maafkanlah ..dengan memaafkan seseorang itu belum tentukan merendahkan martabat kita..malah lebih mulia disisi Allah
Firman Allah (maksudnya) Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan manfaat sesuatu apapun. Kecuali orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera. Dan (pada hari itu) didekatkan syurga bagi orang- orang yang bertakwa. Dan diperlihatkan neraka jelas nyata kepada orang-orang yang sesat. (surah al-Syu’ara 88-91)
Dari menyimpan dendam yang tak berkesudahan.benci yang tak berterusan ada baiknya maafkan je la.hati akan lebih tenteram dan damai bila kita jadi seorang pemaaf,seorang pemaaf juga menunjukkan betapa dia seorang yang matang.
Tak kira la apa sekali pun dosanya, kita tak layak menghukumnya,Sapa kita ? Tak kira la sapa orang itu,kekasih,bekas kekasih, kawan, suami, isteri,kenalan maya, apatah lagi ada yg tidak mahu maafkan ahli keluarganya.
kalau kita beriman pada Allah, nescaya kita akan jadi seorang pemaaf, seorang pemaaf adalah seorang yang kuat jiwanya,dia mampu terima apa saja dugaan yang datang padanya, kerana dia percaya,dia hanya hamba Allah ! sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun.
Akhir kata...cuba tanya diri sendiri.baguskah aku untuk tidak memaafkan orang lain ?
Moral; Pelikkan, kita marah, kita bertengkar, kita sakit hati, sampai ada yg berdendam kesumat hanya semata-mata kerana hal dunia, asbab dunia, sekali lagi D U N I A.. walhal kita tahu, bagaimana pun kita berusaha bagai nak rak, akhirnya dunia ni akan tinggal je.
Hatta bila kita dipanggil pulang, 'uniform' kita sama, warnanya putih belaka. dari setinggi gelaran Tuanku, hatta sampai kepaling rendah, hamba abdi, malah saiz lubang lahad juga sama. tak ada bedanya.
Tapi yelah, bukan semudah dikata, mungkin kita menderita atas perbuatan mereka, sakit hati, sakit fizikal, tapi seperti mana awalnya, hanya kerana hal dunia.kita bila tembuk yang menyusakkan kita untuk berurusan diakhirat kelak, kita tak maafkan siapa saja yang tidak memuaskan hati kita, lalu, esok, bila orang lain telah selesai urusan kita masih menunggu dan mencari-cari mereka yg pernah kita sakiti dan menyakiti kita untuk menuntut dan dituntut hak.
hanya semata-mata untuk kepuasan dunia yang dah kena tinggal. Berbeda dengan Baginda Rasulullah saw. ketika bilamana Baginda disakiti, Tatkala Rasulullah berdakwah ke Taif, masyarakat Taif bukan sahaja tidak menerima dakwah baginda, malah mencaci, menghina dan melempari baginda dengan batu dan najis. Para malaikat menawarkan diri untuk menghapuskan orang-orang yang berlaku durjana kepada baginda. Tetapi dengan tenang, baginda menjawab: “Biarkan mereka, jangan diapa-apakan mereka kerana mereka tidak tahu, mereka masih jahil.”
berbanding kita sekarang yg akan MELAKUKAN APA SAJA asalkan puas hati...
Walhal Baginda selayaknya mengizinkan dan sekongyong-konyong bumi Taif mampu menelan mereka yang MENYAKITI BAGINDA KERANA BERDAKWAH AKAN ISLAM!yang membawa maksud, perjuangan Baginda untuk akhirat.
Anas ra berkata; Nabi saw. bersabda: Allah swt berfirman: "Sesugguhnya jika engkau berdoa mebgharapkan kecelakaan atas org lain, kerana ia telah menzalimimu dan di samping itu ada orang lain yang berdoa mengharapkan kebinasaan keatasmu karena engkau telah menzaliminya, maka bila engkau kehendaki, Aku akan mengabulkan keduanya atau menagguhkannya ...sampai hari kiamat di mana Aku akan memberikan ampunan-Ku kepadamu berdua." (Riwayat Al Hakim)
Masih ingin marah?, eemm.. jangan biarkan hatimu itu keras. Mintalah pada Allah agar kita sentiasa ada sifat pemaaf, kerana Allah swt sendiri sentiasa memberi maaf kepada hambaNya..
kita nilah hamba, tapi kita sering terlebih lajak dari TUANnya...

Dahsyat sungguh pompuan ni...banyak perkara yang mana perempuan lebih suka difahami secara tersirat. ye ke tak sempat bagitau?silakan baca.
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akanmenjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan denganpersahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-matanak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprisebuatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
Note: tidak semestinya 30 perkara diatas semuanya wujud dalam diri setiap wanita..tapi zaman sekarang ni lelaki pun ramai yang 'apply' perkara-perkara diatas tu . :-)

Dalam kalbuku aku tetapkan diriMU sbg sahabat yg blh ku ajak berbincang..
Ku berikan tubuhku kpd yg mengkehendakiku
Ku pandang tubuh ini utk berdampingan...
Tetapi kasih kalbuku sahajalah yg bersahabat dgn kalbuku...
Aku cinta kpdMU dgn 2 macam CINTA....
CINTA RINDU kpdMU kerana ENGKAU layak diCINTA.....Adapun CINTA RINDU itu,ku sibukkan diriku dgn sentiasa mengingatiMU,BUKAN selainMU....Adapun CINTA kerana ENGAKAU layak diCINTAI
...Kau singkapkan hijab hingga aku melihat....
MUNamun tiada pujian dalam hal ini & itu....
Segala puji hanyalah untukMU dalam ini & ituSungguh ganjil,engkau mengaku mencintai ALLAH...Tetapi...masih sahaja engkau menengtangNYA..Jika engkau memang mencinta ALLAH,lakukan kehendakNYA!!!..
Kerana mencintai seseorang...bererti mengabulkan kehendakNYA..
Ni adalah syair cinta Rabiatul Adawiah. Sekadar renungan kita bersama..Hanyatilah maknanya yg mendalam.Moga ianya dapat membantu kita memuhasabah diri.








Tak Perlu Terlalu Suka, Tak Perlu Terlalu Membenci.
Jika Anda menyukai seseorang, janganlah terlalu menyukai, kelak Anda tidak akan nampak apa-apa kekurangan pada dirinya lagi. Jika Anda membenci seseorang, janganlah Anda terlalu membenci, kelak Anda tidak melihat sebarang kebaikan pada dirinya lagi.
Manusia menjadi buta tatkala dia terlalu menyukai, terlalu meminati dan terlalu mengagumi. Anda menyukai seseorang, Anda akan terpegun dengam kata-katanya, Anda memintai sesuatu Anda akan berusaha sedaya mungkin untuk mendapatkannya meskipun kadang-kadang usaha Anda itu menempuh sejuta bahaya. Anda mengagumi buta untuk melihat sejauh mana kecacatan yang ada padanya.
Bersederhanalah dalam menyukai, memintai dan mengagumi. Kelak Anda akan lebih berhati-hati tatkala melangkah, tatkala Anda membuat keputusan dan tatkala menyintai. Ramai orang menjadi mangsa kesukaan yang terlalu, rasa minat yang amat mendalam serta kekaguman yang tinggi.
Jika Anda terlalu mengharap, Anda akan terlalu kecewa apabila gagal. Mengharap itu boleh, tapi usah terlalu hingga Anda tidak nampak sebarang kebaikan lagi apabila gagal.
Setiap kegagalan menyimpan kejayaan, setiap masalah membuka peluang. Setiap jalan rezeki yang tertutup akan membawa kepada banyak lagi jalan rezeki yang akan terbuka.
Moga Anda sentiasa bahagia hendaknya.