Tuesday, April 27, 2010

aku menangis lagi.......


Aku menangis lagi.....
di penjuru katil aku melekakan diri bertemankan air mata yg tiada maknanya...
terdetik di hati ini...kenapa aku harus membazirkan manik2 halus yg keluar dr kelopak mataku...tp..itulah aku, hanya mampu menangis pabila hati dilanda gelisah, pabila perasaan dilanda taufan..pabila bayk hal juga yg ku tdk mampu menangungnya..
Dr kecil Hingga menjadi seorang ibu...isteri, berbagai2 dugaan yg ku tempuhi, berbekalkan semangat yg ada, aku harungi segalanya...tdk termampu rasanya nak mengungkapi semuanya....
air mataku bercucuri lg.....
kenapa dgn diri ku..?? aku terasa jiwaku ksong, aku rasa hidup ini tdk bermakna..
bermcm2 yg bermain difikiran, bila terpandang ke arah anak2....hati menjadi lbih sayu dan pilu.
Aku hanya perlu seseorg yg memahami aku...aku tdk mampu memendam rasa lg...hati menjadi sebak,beratnya nak menangung..sakitnya TuHan sahaja yg tahu....
aku harap esok masih ada utk aku meneruskan perjalanan hidup yg penuh ranjau ini......
air mata mengalir lg....kali ini arusnya perlahan ...
ahh....hati kembali tenang seketika setelah meluahkannya..walaupun sekadar taipan...bknku ingin mengaibkan sesiapa...CUMA AKU INGIN DIFAHAMI......

4 comments:

Zainuddin Sulaiman said...

Assalamualaikum Waty!

Saya menuntut kemaafan sekira "post" ini tersasar dari matlamat. Matlamat saya untuk mengurangkan kesedihan Waty, sungguhpun diri sendri, dirundung kesedihan.

Bak kata hidup seseorang artis, walaupun mereka seorang penghibur, tetapi kadang-kadang ianya umpama lilin, dalam mereka menerangi orang lain, diri mereka sendiri terbakar.

Secara ikhlas Waty, saya suka menjadi rakan facebook Waty, sungguhpun kita tidak pernah bersemuka di alam nyata kecuali alam maya.

Sebagai contoh, apabila Waty, mengklik suka atau memberi komen terhadap pautan saya, saya sungguh gembira, walaupun saya tidak nafikan masih kedapatan beberapa orang lagi rakan facebook seperti Waty. Tetapi tahukah Waty daripada sebilangan hampir[katakanlah]600 orang rakan facebook saya, hanya[katakanlah]25 orang yang aktif seperti Waty.

Jadi, berapa peratuskah yang aktif macam Waty, maksud saya kita betul-betul saling boleh berinteraksi di laman facebook. Hanya 4% sahaja Waty yang betul-betul aktif di facebook saya, kerana tidak semua mampu berkorban masa dan bersabar dan untuk lain-lain lagi.

Masihkah ingat Waty, tentang "post" saya di facebook tentang diri saya yang telah jatuh hati terhadap gadis rakan sepejabat, sedangkan saya sudah pun berkahwin dan mempunyai beberapa orang anak.

Untuk pengetahuan Waty, betapa sukarnya saya nak menghadapi situasi itu. Sehinggalah terlintas di fikiran saya untuk "post"kannya di facebook, lalu terjadilah ulas-mengulas(comments by comments)di antara saya dengan Waty. Perkataan Waty masih saya ingati iaitu betapa Waty kata perasaan kita ini begitu halus(lebihkurang macam tulah) jadi ia mesti ditangani dengan berhati-hati.

Kenapa saya tekankan di sini, tentang betapa halusnya perasaan itu ialah kerana suatu masa dahulu, saya pernah dimaklumkan tentang perkara ini, oleh teman sepejabat yang lewat berkahwin.

Namun betapa saya tidak mengambil cakna tentang halusnya perasaan itu sehingga akhirnya saya sendiri yang terpaksa mengalami untuk lebih memahami apa yang cuba diutarakan oleh teman sepejabat itu.

Berbalik kita kepada isu kali ini....."aku menangis lagi......." saya menaruh keyakinan penuh ianya adalah berkaitan dengan tekanan perasaan dialami Waty kalau dilihatkan pada catatan yang telah di"post"kan oleh Waty di sini.

Dipendekkan cerita, saya mengesyorkan agar Waty tidak mengalah, dan jadikan kedukaan itu seperti kesabaran iaitu ubat yang pahit namun mesti ditelan kerana ianya adalah penawar mujarab.

Cukuplah Waty dari saya sebagai pengubat kedukaan lara Waty. Anggaplah Waty sekarang sedang diuji.

Terima kasih.

Maya Lara said...

terima kasih abg.....insyallah...

Ogy said...

Salam waty..

Setiap dr kita mempunyai kisah masing2...
Melalui catatan2 waty dlm blog maupun fb..g hanya boleh meneka apa yg waty harus alami setiap hari dlm kehidupan waty...

Percaya atau tdk..g pernah berhadapan dgn situasi spt waty...Hidup g, hati g terasa begitu kosong seklai..g selalu tertanya apa tujuan aku hidup kat bumi ni??? Hingga sampai satu tahap g tak mampu lg utk terus melangkah dan berhadapan dgn situasi spt itu lg.... g harus buat keputusan utk diri g...Org kata g pentingkan diri...ya..ada masa kita perlu juga pk pasal diri sendiri...selama ni asek pk pasal diri dan perasaan org...hingga apa nk jadi dgn diri kita pun kita tak kisah...

Tapi akibat atas keputusan yg g buat itu sungguh besar dan sgt perit...G kehilangan satu2nya insan yg plg berharga dlm hidup g..satu2nya buah hati g...Menyesal? ada masanya mmg menyesal..tp dlm masa yg sama g rs lega yg teramat dpt lepas dr beban perasaan yg sgt mencengkam...

G tak leh dpt balik apa yg g dh hilang...tp g skrg tgh merusaha utk menuntut kembali hak yg sepatutnya g dapat...G tak suruh waty buat mcm yg g buat...Keputusan tu bukan mudah utk diambil...Cuma nk share gdn waty..bahawa hidup g pun bukan mudah...berkali2 g jatuh tersungkur...dan sekrang g perlu belajar bangun berdiri sendiri...Alhamdulillah g masih ada ibu, ayah dan kawan2 yg masih setia menyokong..tak kurang ramai juga yg tdk memahami dan melemparkan pelbagai tuduhan...

Tabahlah waty...sabar...Doalah banyak2...itu je yg boelh g katakan...Sekurang2nya waty ada anak2 sebagai penghibur duka...Cubalah isi masa waty dgn melakukan aktivit2 bersama mereka...Dan kalau waty memerlukan sahabat utk berkongsi duka..g snetiasa ada....g sedia mendgr...mungkin g tak dpt byk membantu tp g leh jadi pengr yg baik....

salwa arifin said...

waty...even kt xpernh kenal tp ade sesua2 yg kt share..air mate..sprtmane kt punyer ht permpuan yg ckp senstf yg kt sukar nak tafsir kdg kala emosi kt mcm maner..trs terg aku katekn ape yg pernh aku lalui ckp perit utk ditgung..terlalu pedih utk dikongsi waty...kerna stp kali aku mencritaknyer..air mate ni tnp sedar akn mengalir sendr..sbb kt yg merasinyer..tp 1 jer nshat aku waty...kt hny mampu berusaha waty segala2nye terserah padaNya..kalu 2 yg tertulis dlm lohmafuz ko..redhalah sprtmane jgk aku waty..kalu dirobek ht ni mgkin xkan ade yg sedar btpae slame ni ht ni byk kali disakiti waty..until now aku xpernh lupe waty..aku xkn luper ape yg berlaku mlh aku jdkn die sbgai pendindg utk aku jd keras..yer sekrg aku btl2 keras waty..hati aku keras..mgkin aku xlyk nak bg nshat pd ko sbb aku xseprt ko tp kt manusia sume same waty cm care dugaan nyer saje berbeza..InsyaAllah waty perbykkan bersbr..pst ade hikmaknya..:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

~Thank You For Visiting My Blog ~