Thursday, August 12, 2010

Perkara pelik yang dah x pelik dalam bulan Ramadhan..


1. Amalan di bulan Ramadhan hanyalah adat Kadang2 kita puasa dari pagi sampai malam macam zombie sebab org sekeliling puasa gak..lupa nak doa, mintak ampun dengan Allah supaya jauhkan kita dari azab-Nya..puasa hanya pada makanan bukan anggota badan yg len..

2. Ramadhan, bulan yang banyak berkisar pasal makanan Kalo perasan, dalam bulan Ramadhan ni lah kita lebih banyak ckp pasal makanan..Sepanjang hari pikir nak masak apa, nak makan apa, nak bukak pose kat maner, bazar maner best tapi lupa nak fokus pada solat, Quran dan ibadah lain..Bulan Ramadhan ni kadang2 nampak cam bulan pesta makanan..Kadang2 kita lupa naper kita berpuasa, sebaliknya berpuasa menjadikan kita tamak dan nafsu makan pun lebih melonjak bukannyer dikawal..

3. Menghabiskan masa seharian memasak Ada plak sesetengah kaum isteri yang memasak sepanjang hari siang dan malam, (untuk berbuka n kuih2 raya)sampai bila dah tirai malam mula berlabuh, penat sgt..x larat nak solat Isyak, Terawih/ baca Quran sekalipun..Memang le dapat pahala besar org yg memasak untuk org berpuasa, tapi kan ni bulan yg penuh keberkatan dan pengampunan..rugi lah kalo x guna sebaiknyer..

4. Makan berlebihan Ada plak yang makan sampai kembung masa Sahur sampai perut cam dah nak meletup, konon2 sebagai cara x nak rasa lapar waktu siang hari..ader gak yang berbuka puasa cam ibarat esok tidak akan kunjung tiba (nak qadha' makan siang)..hehehe.. kan dah x ikut sunnah tu. Makan berlebih2 ni biasanya akan buat kita jadi lebih tidak rajin dan tidak baik untuk kesihatan.
.
5. Tidur Sepanjang Hari Ader plak org yang menghabiskan sepanjang masa siangnya (ataupun sebahagian siangnya) mencipta taik mata sebagai cara untuk menahan lapar/mengelak diri daripada berbuat sesuatu yang merugikan pahala puasa (takut terbuat dosa)..Macam dah hilang jugak tujuan berpuasa tu dan nampaknyer dah menghambakan diri kepada keselesaan plak..Tak lah berdosa, tapi macam rugi jugak tu..

6.Berpuasa tapi masih tak tinggalkan amalan 'luar biasa' Ader gak yang berpuasa tapi masih menipu, bergaduh, mengumpat, mencuri, tengok gambar/video yg 'luar biasa' (paham2 jelah ek)..hehehe..kiranya puasa hanya jauhkan diri daripada makanan dan minuman, tapi tak takut pun dengan Dia yang dok tengok kita 24 jam..kena gak puasa mata. telinga, hati, etc..

7. Sengaja tak sahur tak yah komen ni..bayangkan kalo sahur je leh dapat pahala besar tau..Pemurah sgt2 Allah ni terutamanya dlm bulan Ramadhan..rugi le kalo x sahur..

8. Tak berpuasa kalo tertinggal sahur/lupa baca niat Ader plak yg rajin sahur, tapi gerun sgt2 utk puasa kalo terlepas sahur..Takut mati kelaparan kalo tak sahur.. Ader gak yang kalo lupa baca niat kuat2 sehari sebelumya, tak berpuasa terus..Padahal, niat je dalam hati ckp esok nak puasa pun dah dikira niat tu..betul tak?

9. Makan non stop sampai nak masuk waktu Isyak Ader jugak yang letak makanan banyak2 dalam pinggan masa berbuka, pastu menikmati juadah yg lazat2 tu ngan kuih muihnya,teh etc..sampai tak solat maghrib pun..hehehe..Kalo ikut sunnah, kan Nabi Muhammad s.a.w berbuka dengan kurma je, pastu terus solat maghrib..selepas tu baru sambung makan balik..

10. Puasa tapi tak solat ni tak yah komen..paham je kan?

11. Puasa tapi tak menutup aurat Menutup aurat adalah wajib setiap masa baik lelaki atau perempuan..Rugi dah puasa elok2, tapi pakaian masih belum terjaga..kan2? Kurang pahala puasa tu dan pahala org lain yg memandang.

12. Puasa = diet untuk kuruskan badan Sila lah jangan niat utama berpuasa tu untuk menguruskan badan..Berpuasa ni hanya kerana Allah semata2..tapi, Insya-Allah boleh menurunkan berat badan dengan izin-Nya..

13. Solat Terawih hanya malam ke-27 Ada plak yang memang solat terawih masa malam ke-27 sebab nak mencari Lailatul Qadar, walaupun kan ader hadis Rasulullah cakap malam tu adalah malam yg ganjil bilangannya dan dalam 10 malam terakhir (tapi memang ader gak yang hanya solat terawih 10 malam terakhir je)hehehe..

14. Mensia2kan malam2 terakhir Ramadhan dgn persiapan yg berlebihan untuk raya Adr jugak yang menghabiskan 10 hari terakhir Ramadhan pergi shopping untuk buat persiapan raya sampai lupa nak buat ibadah khusus..besenyer time2 ni lah, saf wanita dah pendek masa terawih..hihi..sibuk membuat kuih raya di rumah..Padahal kan dah ditekankan kepentingan 10 hari terakhir Ramadhan (Pembebasan Dari Api Neraka)..eloknya, persiapan raya ni dibuat sebelum Ramadhan..supaya leh banyakkan lg amalan lain dalam bulan ni.

15. Majlis berbuka yg 'luar biasa' Walaupun menjemput rakan2 datang berbuka puasa di rumah kita adalah sesuatu yg mulia dan amat digalakkan, tapi ader org yg berlebih2an le plak..Bergaul bebas, tepuk sana sini, pakaian terdedah, tak solat Maghrib inikan pulak nak terawih..Siap ader nyanyi lagu yang jiwang2 mengingat awek dan balak.. aper2 pun, perkongsian di atas adalah untuk diri sendiri jugak yang tak sempurna lagi imannya..Memandangkan Ramadhan baru menjelma, masih belum terlambat untuk memperbaiki amalan2 kita..dan buatlah sesuatu hanya kerana sayang dan kasih pada-Nya. kawan2

Salam Ramadhan

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

~Thank You For Visiting My Blog ~