Tuesday, February 7, 2012

Visit Honey Baby...

Dah Semiggu ni ternanti2 je masa terluang nak melawat baby my pren  ruziawati aka wati,,,di Kediamannya Temerloh jaya,,,cuti sekolah 3hari ni aku cuba cari masa jg,,alhamdulilah.....semalam (6/2/2012) monday...dapat jg visit baby baru tie....
   Bertemankan ank2 yg sememangnya sukakan anak kecil alisha dan akash, akhirnya ptg dlm jam 5,30 sampai jg ke teratak wati yg sebelum ini tak penah kunjung tiba pon!
Sungguh tomey honey(gelaran kepada baby ) mirip kakaknya Nur,
,,,teringin pulak nak berbaby...ahaks..!! hehehe....
  ..Kami disambut baik olh wati dan suaminya...dgn dijamu kuih muih ...alhamdulilah.....terima kasih tie,,,,


Cara berbakti kepada ibu bapa yang sudah meninggal dunia

Alhamdulilah sy dpt nfo berguna ini....moga sy blh jd anak yg solehah kepada ibu bapa sy...lbih2 lgi untuk arwah abah......
Dan Kerinduaan terhadapnya akan terubat....insyaallah...




Dari Aisyah menceritakan bahwa seorang lelaki datang kepada Rasulullah bertanya : Ya Rasulullah, sesungguhnyaibuku telah meninggal dunia, dan dia tidak ada berwasiat apa pun dan saya rasa kalau dia sempat berbicara dia akan bersedekah, apakah dia mendapat pahala jika aku bersedekah untuknya ? Nabi menjawab : Ya (bersedekahlah dan dia akan mendapat pahala ). (Sahih Bukhari dan Muslim)

Dari Abi Usaid Malik bin Rabi’ah berkata bahwa ketika kami sedang duduk-duduk bersama Rasulullah, tiba-tiba datanglah seorang lelaki dari kabilah Bani Salamah berkata : “ Ya Rasulullah, adakah kebaikan yang dapat saya lakukan kepada kedua ibu bapa saya yang telah meninggal dunia ? Rasul menjawab : Ada, engkau berdoalah untuk keduanya, dan meminta diampunkan dosa-dosanya, dan tunaikan wasiat dan janji-janjinya, dan hubungkan silatiurahim dengan saudara dan keluarganya, dan hormati serta muliakan kawan-kawannya.“ (HR Abu Daud, Ibnu Majah, Ibnu Hibban

Wednesday, January 25, 2012

Tips menjadi seorang isteri solehah



1. Mainkan setiap peranan isteri dengan seimbang iaitu sebagai isteri, kekasih, kawan, penyokong, perangsang, penasihat, pendengar, pendidik dan pendoa.
2. Sentiasa taat kepada semua suami dalam semua hal yang dibenarkan oleh syarak. Tetapi isteri tidak perlu taat dalam hal yang melibatkan kemungkaran.
3. Layan setiap keperluan suami dengan saksama terutama keperluan seksual. Bagi suami, hubungan seks adalah bukti dan kaedah mengeratkan kasih sayang yang penting.
4. Fahami kerenah suami dan banyak bersabar. Gunakan gerak hati yang sedia ada dalam diri wanita bagi memahami kehendak dan pengharapan suami tanpa perlu disebut.
5. Didik suami berkenaan apa yang anda harapkan secara hikmah. Adakalanya anda kena berpesan kepada suami sehingga 200 kali untuk dia faham dengan jelas. Sabar apabila memberi pesanan kepada suami.
6. Berhias dan pastikan anda sentiasa kemas serta menawan untuk suami. Bincang dengan suami cara penampilan yang dia gemari. Lakukan mengikut kehendaknya.
7. Maafkan suami dan orang lain setiap malam sebelum tidur dan minta maaf daripada suami. Kemaafannya mencuci hati, menyembuhkan sakit, mencantikkan wajah, menarik sayang dan memakbulkan doa.
8. Doakan suami setiap masa. Doa mengeratkan roh anda dengan roh suami. Seterusnya membentuk kasih sayang yang mendalam dan berkekalan.
9. Pastikan anda melebihkan suami daripada ibu bapa ataupun orang lain. Tetapi pastikan anda bersopan santun terhadap ibu bapa supaya mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.
10. Berbahagialah apabila melahirkan anak seramai yang munasabah. Asuh dan didik anak sebaik mungkin. Jangan terlalu mengharapkan orang lain mendidik anak anda.
11. Pastikan anda meminta izin suami setiap kali keluar dari rumah ataupun dapatkan keizinan dalam jangka masa panjang. Keluar rumah tanpa izin adalah berdosa.
12. Elakkan daripada menjadi queen control. Nabi menyatakan, suami yang terpaksa taat kepada isterinya akan binasa dan rumahtangga akan musnah.
13. Pandang suami dengan lemah lembut, senyum, kata yang manis, sentuhan, dengar cakapnya dan peluk dia semasa pergi dan balik kerja.
14. Temankan suami makan walaupun anda sudah makan. Ramai suami rasa terbiar apabila terpaksa makan bersendirian selalu. Amalkan makan bersama suami.
15. Sesekali mandi bersama suami. Ini dapat mengeratkan kasih sayang dan keakraban antara suami dan isteri. Mandi bersama adalah sunah.
16. Rawat suami dengan penuh kasih sayang apabila sakit. Sentuhan dan kata-kata manis yang positif bertindak sebagai ubat yang mujarab.
17. Mengalahlah kepada suami bagi perkara yang harus. Suami rasa kecewa dan kurang berwibawa apabila isteri melawan atau enggan patuh arahan. Ini menyebabkan suami stres.
18. Tutup diri anda daripada sebarang lelaki lain. Pastikan anda menutup aurat dengan sempurna untuk kejayaan dunia dan akhirat.
19. Cintai suami sepenuhnya dan senangkan hati suami. Suami anda adalah lelaki terbaik buat anda mengikut perancangan Tuhan. Dan anda adalah wanita terbaik bagi suami anda.
20. Jaga rahsia suami. Ada isteri yang tanpa sedar menceritakan keburukan suami kepada kawan ataupun ahli keluarga lain. Perbuatan ini salah dan berdosa.
21. Tuhan tidak memandang isteri yang tidak berterima kasih atas kebaikan suaminya. Justeru, berterima kasihlah atas kebaikan yang suami lakukan.
22. Kebanyakan penghuni neraka adalah wanita kerana ramai wanita yang menyumpah seranah dan tidak bersyukur kepada suami mereka. Elak daripada khianat atau sabotaj suami.
23. Elakkan daripada menyakiti hati suami dengan bertindak malas, melawan, menghina, komplen, menghambakan suami, sombong ataupun buat perkara yang suami larang.
24. Jangan menerima tetamu yang bukan muhrim semasa suami tiada di rumah. Ini amalan yang bakal menghancurkan rumahtangga.
25. Kejutkan suami untuk sembahyang malam dan isteri juga turut sama melakukan sembahyang malam. Ia adalah amalan yang menarik hidayat dan menerangkan kubur.
26. Dalam kes berpoligami, jangan menyuruh suami menceraikan madu anda. Ini kesalahan yang amat besar. Belajarlah bersabar dan berkongsi dengan aman.
27. Isteri yang meminta cerai tanpa alasan yang sail, tidak akan masuk syurga. Justeru, jangan meminta cerai apabila tiada alasan yang dibenarkan syarak.
28. Benteng diri daripada gangguan syaitan dengan membaca basmalah, ta’awuz, ayat kursi, sembahyang 5 waktu, sentiasa dalam keadaan berwuduk dan baca Fatihah dengan ayat 3 ‘Qul’.
29. Kekalkan sifat malu dalam diri wanita. Sifat malu untuk lelaki itu baik. Sifat malu untuk wanita itu sangat baik. Wanita yang hilang sifat malu jatuh martabat dan maruah diri.
30. Apabila suami balik kerja, beri dia rehat 30 minit sebelum bertanya pelbagai soalan. Sampaikan berita yang baik dan kurangkan berita yang buruk.
31. Jadikan Quran sebagai teman dalam menghadapi masalah, gelisah dan sakit. Amalkan juga sembahyang isyrak dan dhuha.
32. Taubat sekarang sebelum terlambat. Pohon maaf daripada suami setiap masa kerana biasanya suami mati dahulu daripada isteri.
33. Jauhi perasaan buruk sangka terhadap suami, mertua, ipar duai, jiran dan orang lain. Apa yang kita sangkakan itu bertindak sebagai doa dan mungkin berlaku.
34. Bersangka baik dengan semua ketentuan Tuhan. Apa yang Tuhan tentukan adalah terbaik untuk kita dan untuk semua orang di sekitar kita. Orang jahil tak nampak hakikat ini.
35. Penuhi semua hak Tuhan. Apa yang Tuhan suruh, lakukan semuanya. Apa yang dilarang jauhi sepenuhnya. Apa yang Tuhan beri kita terima dengan redha dan syukur.
36. Kenal pasti punca yang menyebabkan kita marah. Adakah kita terlalu sensitif, gangguan, tertekan, tidak dihargai, orang ambil hak kita, masalah rumahtangga dan sebagainya. Selepas mengetahui punca, mudah kita mengatasi masalah.
37. Fahami kesan marah. Wajah hodoh, sakit jantung, darah tinggi, selesema, jangkitan virus, tulang rapuh, mati syahwat, hancur rumahtangga. Justeru, kawal marah.
38. Bergaul dengan orang yang baik-baik. Cari kawan baru. Orang yang mempunyai ramai kawan baik tidak gagal di dunia dan akhirat. Bagi mendapatkan kawan baik, jadilah kawan yang baik.
39. Buat undang-undang di rumah. Apabila suami marah, kita diam dan bersabar. Apabila kita marah, suami diam, sabar dan pujuk kita. Mengalah tanda orang yang hebat dan matang.
40. Ubat hati yang berkarat dengan solat taubat, istighfar, baca Quran, sedekah, minta maaf, maafkan semua orang, beri orang makan dan berkawan dengan orang alim ataupun yang baik-baik.
41. Sambut suami setiap masa dengan cara yang menyenangkan. Berhias diri dahulu sebelum membuka pintu menyambut kepulangan suami. Beri air dan picit tengkuk dan bahu suami setiap petang.
42. Suara yang lunak dapat mengubat jiwa dan merawat tekanan yang dihadapi suami. Indahkan dan lembutkan suara setiap kali bercakap dengan suami.
43. Apabila melakukan hubungan seks dengan suami, pamerkan yang terbaik. Seboleh bolehnya penuhi kehendak suami. Suami rasa amat kecewa dan terluka apabila kehendaknya ditolak.
44. Redakan marah suami dengan hikmah. Jangan menjawab walaupun kita betul. Terangkan hal sebenar apabila suami sudah reda. Rumahtangga hancur apabila suami isteri sama-sama ego.
45. Sentiasa muliakan keluarga suami. Layan mereka seperti keluarga sendiri. Apabila kita sayang suami, kita wajib memuliakan orang yang suami kita sayang.
46. Cemburu itu sifat orang yang beriman dan tanda sayang. Tetapi cemburu yang berlebihan buat suami serba-salah dan tertekan. Apabila terasa cemburu terus berdoa supaya Tuhan selamatkan rumahtangga kita.
47. Isteri mithali mengawal diri daripada melakukan sebarang dosa besar. Dosa kecil yang diulang-ulang menjadi dosa besar. Segera bertaubat apabila melakukan dosa.
48. Jangan benarkan kemungkaran berlaku dalam rumahtangga kita. Pesan pada diri dan ahli keluarga supaya menghindari kemungkaran. Apabila melakukan kemungkaran, hidayat Tuhan tidak turun ke rumah kita.
49. Amalan harian terbaik isteri mithali adalah sembahyang taubat, istighfar 70 kali, sembahyang hajat, memaafkan semua orang, bersangka baik kepada semua orang dan doakan keluarga dan semua jiran kita.
50. Seimbangkan hidup dengan membersihkan hati, membetulkan amalan, berkawan dengan orang yang baik, jaga solat, berkatkan rezeki, riadah dan buat semua perkara sebaik mungkin

LUAHAN HATI SEORANG SUAMI YANG MEMBUATKAN KITA MENGALIRKAN AIRMATA :(


LUAHAN HATI SEORANG SUAMI yang saya terserempak kat Facebook...yang membuatkan saya secara tiba2 mahu menangis..

ISTERI YANG TERBAIK....
SETIAP SUAMI MESTI BACA !!!!!!!!!!!!



Assalamualaikum….

Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….

Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan.harap ustaz tidak bosan mendengarnya..

Saya merupakan seorang suami kepada seorang isteri yg amat baik dan setia.namun ustaz..,saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya kerana pada waktu itu mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.

Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai.dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya.,seorang yang tidak pandai bergaya.,tetapi kuat pegangan agamanya..,bertudung labuh,bersopan santun..,baik budi bahasanya.,Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini segala-galanya diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia.

Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain..cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat.Ustaz, selepas berkahwin dengan isteri saya itu jiwa saya menjadi kacau dan keliru.saya amat marah kepada isteri saya.kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.

Ustaz sepanjang kehidupan kami.,saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya.dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya.,namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar.pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya.tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik.,dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah.dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya:“Abang dah makan…? Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”

Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya.apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?...abang tak pernah solat ke? Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya.perasaan geram.,marah., dan rasa terhina bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya., dia menangis terisak-isak.saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.

Ustaz pernah suatu hari.,dia ingin bermanja dengan saya,membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng untuk saya.pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone..ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya,saya tolak pinggan sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya., dengan linangan air mata dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai…

Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.

Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.

Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah.dan saya kira itu adalah balasan apabila saya terlibat dengan kemalangan…tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun.hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya..,ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali.berak kencing saya dia tadahkan dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli.

Dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya..bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam berdenyut-denyut sakitnya dialah yang bangun dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit sehingga saya rasa lega dan tertidur..tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi.., risau saya mengerang kesakitan lagi.

Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan., dia sendiri tidak akan makan melainkan setelah saya kenyang.dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya. Bila saya kenangkan kembali.,sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat.kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun dia tidak mahu lagi menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huhu..

Sekarang baru dia kata saya suami orang.dulu.,dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya..ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan.Ustaz…..saya…kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya.besarnya dosa saya.,amat menyesal rasanya.

Ustaz….ketika saya boleh berjalan sedikit demi sedikit dan saya beransur pulih.,isteri saya jatuh sakit.badannya menjadi kurus kering.,tiada selera makan..,terbaring..tak bermaya..kata doktor yang merawatnya isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak kerana saya tahu sayalah puncanya.

Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk..mukanya makin pucat…tetapi dia tetap senyum.saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya.dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”.berderai airmata saya hancur hati saya.,pilu bercampur sebak yang amat sangat diikuti dengan perasaan menyesal.

Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan.,saya menjaganya setiap hari.saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir.

”Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…” Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya..malah ada yang memuji saya kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.

Ustaz…..isteri saya ada berkata.,dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir.saya meraung..merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya.tapi katanya.,setiap yang hidup pasti akan mati dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya.ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu.

Ustaz…tepat jam 3.00 ptg setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya..dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.

Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini...? apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..

Mungkin ini hukuman yang patut saya terima.Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat..,berbuat baik..,takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”

Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati.lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati..kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu dia harapkan dari saya….

Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu...saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…sayang abang….selamanya."

Ustaz..saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang…

Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah….

Terima kasih ustaz….doakan saya…….

**********************************************************************************

Sedih dan sebak bila baca luahan perasaan hamba Allah ini….memang saya banyak beri ceramah motivasi dan mendengar banyak masalah masyarakat yg dihantar pada saya dan inilah yang paling sedih.yg pernah saya baca… tambahan pula lagu yg telah ditujukan isterinya itu bila dengar bertambah sebak…..dengarkanlah senikatanya…….tapi tak boleh upload lagu tu dibawah copyright..

P/s dr saya: kita cuma akan menghargai sesuatu bila kita dah kehilangannya..hargailah ia sementara masih ada....

Semoga roh isterinya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, sungguh berbahagia penduduk langit menyambut kehadiran isteri solehah sepertinya..Semoga si suami itu mendapat ketenangan sakinah yang ia cari selepas ini..amiin ya Rabbi.. :)

AMBIL IKTIBAR, SAYANGI ISTERI2 ANDA..


aku dan abah...


Abah...
  Engkau Insan Istimewa Untukku...
  Semulia Budimu..Sebaik Hatimu......
  Kenangan Bersamamu akan Kubawa Hingga Akhir Hayatku...
Abah...
   Tiada Insan Lain Yg Dapat Gantimu lagi..
   Tidak Akan...
   Jika Ditanya Siapa Lelaki Istimewa Untukku..
   Akan Ku Jawap..."Ia Adalah Abahku!"..
   Nak Tahu Kenapa.???
        Dia Sungguh Penyayang,dia Mengambil Berat setiap suapan untuk anak2nya membesar...
Menjadi Kanak2 Riang, cergas dan sihat walaupun hanya mampu menjadi penoreh Getah...
Walaupun waktu itu kudrat abah tidaklah sekuat mana tp..aku tahu diwajahnya penuh keikhlasan untuk membesarkan anak2nya....itulah pengorbanan abah!

Abah...
   Masih KuIngat lagi....
   Diwaktu kanak2ku.....
aku sememangnya seorang anak yg degil, kau selalu manjaiku...kau turuti setiap kehendakku..apa sahaja kemahuaanku kau tunaikan walau ada halangan yg mendtang, kau usaha mengembirakan ku.....
suatu ketika dulu...Aku terlalu inginkan sebuah anak patung yg serupa dgn kawan2 ....aku menunjukkan sifat degilku dgn amukkan,,Mak memarahiku tp...tidak kau...Kau berusaha mendapatkannya.....terima kasih abah...
    Kawan2 ku Semua Mempunya basikal baru,,,naluri kanak2 ...apa yg kawan ada aku juga mahu memiliki,,
Aku desak kau abah! aku nak basikal baru! Kau tetap tersenyum Melayan Karenahku lalu kau belikan basikal BMX..Tapi itu Basikal untuk budak lelaki! hehe.....abah memujukku supaya menerimanya, bermcm2 kata2 pujukkannya lalu aku termakan kata2nya,tak apalah,sekeras hatiku rupanya ada juga kelembutanya...ku terima juga pemberian abah itu dgn cukup gembira,,tidak sabar rasanya waktu itu untuk menunjuk2 basikal baruku kepada kwan2...hehe....saban petang aku dgn kawan2 berkayuh basikal bersama2.....terima kasih abah!
 Abah,,,
  Waktu sekolah rendah, Setiap Hari kau akan menghantar dan menjemputku dr sekolah...
suatu hari, aku menunggu lama diskolah menanti kau menjemputku abah..kau tidak juga menjelma  lalu aku balik dr skolah hnya berjalan kaki dengan perasaan marah, geram...
sesampai dirumah, aku mengamuk, aku campakkan kasut, beg sekolah merata2... konon untuk menunjuk kemarahanku padamu...tapi.......rupa2nya abah terlewat kerana kerja diladang masih belum selesai...abah balik dgn penuh kepenatan, getah berselut disetiap badan abah, itulah abah setiap hari pabila pulang dr ladang getah...
menyesalnya aku....Maafkan angah abah....
bila cuti skolah akulah yg tolong abah mencabut setiap getah yg melekat2 di baju dan juga setiap badan abah,...
ahhh! rindunya saat itu...
 Abah...
Anak perempuan kesayanganmu ini dh besar!  Saat aku memasuki sekolah Menengah, abah datang mendaftariku, sperti tgunjwap seorang ayah untuk anaknya.,,sewaktu menjelang peperiksaan SPM, abah penuh kerisauan,,,lalu aku dipaksa tinggal diasrama,,itulah pertama kali berjauhan dr abah dan mak,,,bayangkanlah setiap malam menangis walaupun hari pertama diasrama! hehe....rupanya abah juga begitu,2,3 hari skli abah datang menjengukku diasrama ,,,mungkin rindu padaku...;)selalu saja ada buah tngan untukku apalg perbelanjaan harian...tapi...tidak lama...aku hnya mampu tinggal diasrama dalam 3bulan je...hehe...anak manje weh! 
 Tamat sudah zaman persekolahan,,,sewaktu menunggu keputusan peperiksaan abah sendiri mencarikan kerja,walaupun waktu itu kedegilannya aku masih terselah! aku sebenarnya ingin mengikut kawan kerja dikilang saja tp..abah tidak benarkan...itulah dia sendiri carikan kerja untuk aku, kerja disebuah klinik ...alhamdulilah........
Bila Kebebasan dah terasa.....aku berkenalan dgn seseorang, biasalah kan bila anak remaja kenal erti cinta, sayang dan kasih.....perkenalan itu telah mengubah segala-galanya....tapi tidak kasih syangku untuk mu ABAH....

Abah.....
  Aku terlalu merinduimu abah...
potret dan kenanganmu itu sajalah yg dpt mengubatinya abah...
aku bersyukur mempunyai seorang ayah semuliamu abah...tapi...
sayangnya kita dipisahkan ......Tuhan lebih menyayangimu abah....
 Abah.... 
Kau sangat Mulia dihatiku,segala pengorbananmu tidak akan kulupakan walau sesaat..
aku belum puas bermanja dgnmu Abah...aku belom puas memblas jasa2mu itu abah...
Hnya Doa yang mampu mengiringimu diSANA...
itu yg ku termampu....
Abah.......
AL- FATIHAH..

Sunday, December 11, 2011

Redha Itu Ikhlas,,Pasrah Itu Menyerah....

Tuhan Tolong lembutkan hati Dia,
Untuk Terima Ku Seadanya,
Kerana Ku tak Sanggup,
Kerana Ku Tak Mampu,
Hidup Tanpa Dia Disisiku.....

 Tuhan Aku Tahu Byak Dosaku,
Hnya Ingat Kamu Kala Dukaku,
Namun Hanya Kamu Mampu Membuka ,
Pintu Hatinya Untuk Cintaku....

Malam Kau Bawalah Rinduku..
Untuk DiriNya yang jauh Dariku,
Agar Dia Tidak Kesepian,
Selalu Rasa Ada Cinta Agung.....

Hujan Bawa air Mataku,
Yang Mengalir Membasuh Lukaku,
Agar dia tahu Ku Tersiksa,
Tanpa Cinta Dia Di Hatiku,
Hnya Mampu berserah...
Moga  Cahaya Tiba Nanti,,,






Menarik bukan Kata2 itu...?? Kata2 Yg penuh Pengharapan...
kerana ku tahu,,,kerana ku faham apa erti RINDU....

"Kerana Ku tak Sanggup, kerana Ku tak mampu Hidup tanpa dia disisiku"
      Mengharap tp, tiada keyakinan..mgkinkah kasihnya berubah??
Andai itu berlaku...tutuplah pintu kasih sygku..dan bukalah hnya utk anak2ku....
tp,,,aku akan terus menunggu dan terus mengharap agar dia kembali seperti dahulu..
Ya ALLAH...Hnya Kau yg tahu Betapa Ku merinduinya...

     "Tuhan Aku Tahu Banyak Dosaku, Hnya Ingat Kamu Kala Dukaku,,Namun Hnya Kamu Membukaa Pintu hatinya Untuk Cintaku:
  Redha Dan Pasrah.....Dan Berserah andai bahagia itu bkn miliku lg...Namun Aku tetap berdoa agar dikembalikan semuanya, Kasih , sayang dan Cinta Ini hnya untuk nya...
tp...Siapalah Kita Untuk Melawan takdirnya.....
"YA ALLAH...betapa Ku menyintainya, jangan Pisahkan kami...Aku tahu byak dosaku, dan bila dikala duka bru ku mengingatimu ya ALLAH,,,,Ampunkan dosa2ku...Jangan Pisahkan Kami, tp..Andai Ajal menjemput, aku redha atas Kemampuan dan kebesaranMU ya ALLAH.."

     "Hujan Bawa Air Mataku, Yang Mengalir membasuh Lukaku,,Agar dia tahu ku tersiksa Tanpa Cinta Dia dihatiku,,Hnya Mampu Berserah..Moga Cahaya Akan tiba nanti..."
 Saban Hari, Malam air mata inilah jd penemanku, aku tak kuat..aku tak tabah untk Menghdapi semuanya,,Namun Bila Terpandang wajah anak2......Aku kena kuat jg...."
Aku Cuma Mengharap Dan...
Aku Akan menanti Sinar Bahagia itu.....

glitter-graphics.com
    

Ombak rindu movie...

Sebenarnya Ombak Rindu ni adalah cerita dr sebuah Novel....dan dalam byk2 novel yg pernah ku baca yg inilah paling tersentuh dan aku blh menghabiskan dalam msa 2hari je! klau tidak silap aku pernah menulisnya kisah ini di my blog ...

malah tertunggu2...ternanti2....dan tertnya2...."Klaulah OMBAK RINDU ini difilemkan....."....http://waty-bicarahati.blogspot.com/2011/12/ombak-rindu-movie.html
Dan..Akhirnya!! itu dah menjadi kenyataan, pertama kali melhat iklannya ditelevision, mcm tdk kusangka...
ianya difilemkan jg..so..aku tidak mahu terlepas peluang ini, aku mesti ke panggung!! hehehe...
Pada 2 hbulan/12 bru2 ni Aku dh nekad mesti menonton filem ini walaupun terlepas sehari dan memandangkan kawan2 pun turut serta...so..aku tdk keseorangan..')
3show terlepas, tiket full! adusss....mcmmana ni...huhuh..dtg dr jauh2 tp...tak bermakna rasanya klau terlepas menontonnya...
tp..Alhamdulilah...kebetullan anak kwanku bkerja part time di pawagam itu, rasa cerahlah peluangku..hehehe..akhirnya dapat jg tiket walaupun lewat...huhuh...
 dapat bergambar dgn patungnya pon dh ok..huhu...



 Dah Habis Kisah OMBAK RINDU ...hehehe
Memandangkan kebebasan ku terhad , so..dihari itu jg aku mengambil peluang untuk berjumpa kwan2 dr Group LUAHAN HATI https://www.facebook.com/groups/195819250444973/
Biasalah satu hari memg tak puas lgpun memandangkan itulah pertama kali bersua..
antara pic2 yg sempat dirakam kan utk dijadikan kenangan...;)






Tuesday, November 29, 2011

Cuti2 Di Cherating resort




Assalamualaikum & Salam Sejahtera ,,,
lama tak Menaip disini, cuma jengah jer disaat rindukan Arwah Abah , terima kasih utk kwan2&pengunjung yg sudi menyinggah disini,,...ketahuilah Disinilah tptku menghilangkan kerinduaan terhadap Abah, aku Sayangkan Blog ini, so...Aku Create Page khas utk Abah supaya ianya tdk hilang dimata mahupun dihati...:(...Sebulan lebih dah berlalu...Moga Abah tenang disana...AL-FATIHAH,
Alhamdulilah pada 18/11 Selesai sudah Majlis Tahlil utk Arwah untuk hari ke 40,,,semuanya berjalan lancar,,,,dan... Abah juga Dah makin jauh dgn Kami...............

Setelah semua selesai, aku bercadang untuk mencari ketenangan dan kedamaian,,,ye..!!..mgkin bercuti.....tp..sayangnya suami tiada, dia keluar negara lg....
perancangan sbenarnya tanpa membawa anak2 ke destinasiku nti, tp..aku tak sampai hati nak tinggalkan diaorg , biarlah kemana jua aku tuju anak2 ada bersamaku, lgpun cuti skolah sudah pun bermula.....
19/11/2011.....Aku, Anak2 Dan kawanku yg ku kenal dr bangku sekolah menengah lg,,Muzalina...merancang utk kekuantan saja , Aku rasa lbh selesa klau drive dr menaiki Bus Memandangkan keselamatan anak2 dan keselesaan...walaupun anak perempuanku beria2 ingin menaiki bus....huhuh
LisNaRee RESORT at Cherating.kuantan destinasi tujuan kami, walaupun tidak gah seperti resort2 bertaraf 5bintang tp,,Alhamdulilah Semuanya dalam kaadaan sempurna yg penting anak2 pun suka!!

----










Sunday, October 16, 2011

Besday abah..!!

Arwah bersama cucu2 Kesayangannya,,,,


Hari Ni 16/10/2011 Hari Lahir Abah yg Ke 63..
Selamat Hari Lahir Abah,,,,
Abah dah takde,,,,sekarang semuanya tinggal kenangan,,,,
Sekarang baru ku Rasa Kehilangan yg amat besar dalam hidupku,,,
"Abah,,,,Angah Rindu kat Abah........"
PergiMu Tak akan Berganti lagi......

Satu Rindu...
Abah...Dia Telah Berjuang Membesarkan, Mendidik Dan Mengasihaniku...
Dalam Suka Duka, Dalam Sedih Dan Tawa,Dalam Kesempitan Dan Kelapangan Rezeki..

Abah....Hnya Dia Yang tahu Bagaimana Menterjemahkan Kasih Sayang kepadaku, Meskipun Menurut Kita Hal itu Mustahil...
Abah...Kini Kau Telah Tiada...
Ya ALLAH...berilah kelapangan Kubur Abahku, Ringankanlah Azabnya,Tutupkanlah Pintu Menuju Neraka Dan Bukakanlah Pintu Menuju Surga...
Al-Fatihah....

Tuesday, October 4, 2011

Abah Dalam kenangan....

Abah...Insan Yg paling Kusygi....




Saat abah dimasukkan ke hospital..


Hari ke 2 dihospital , abah mampu berckp dan senyum...

Kesian abah...agaknya mgkin inilah sbd kelopak mata kiriku bergerak dlm semiggu ini....menerima dugaan sebegini yg sungguh berat untuk kuterima, rapuh hati ku ! apa bila abah terlantar kesakitan dan lg terasa pabila doc ckp abah mengalami msalah pada hati dan buah pgangnya .....Ya ALLAH! selamatkanlah abahku, berilah dia kesihatan sediakala....
pg2 aku kehospital lg, risaukan abah kerana dr smlm abah tak sedarkan diri....tp, setelah aku sampai ke wad, syukur Alhamdulilah aku lihat dr jauh abah dan mula sedar dan menyambut kedtgan ku dgn senyuman kesakitan....doc memberitahu yg abah terpksa discan di perut dan dada bg mengetahui puncanya yg sebenarnya kerana sebelom ini doc hnya mmbuat andaian, aku takut..!!...kerana sebelom ni doc memberitahu yg abah suspect cancer hati.......tp, ketakutan ku terbukti benar, abah cuma ada 50-50 harapan utk hidup,,,mcm tak percaya apa yg doc ckp tu..mgkin main2 je kot..aku masih igt kata2 abah.."abah ni akan mati msa umur 70 nti..dgn senda guraunya "...16/10 ni genap umur abah 63 thn...
ajal maut ditgn tuhan, aku reda dan rela andai abah pergi dulu.......
Dah 2 hari abah berpuasa, kesian abah asyik mengadu lapar,,,so..akau cuba meminta keizinan dr doctor, doc menginzinkan tp makan dalam kuantiti yg sedikit bimbang infect pada hati abah...
aku tnya abah,,,apa abah nak makan...dia berfikir sejenak..."abah nak gulai nangka dgn limpa"...so..aku tanpa berlengah terus ke kantin hspital mencari apa yg abah minta ,tp..sayangnya...tiada...aku belikan gulai ayam msak lemak, dgn buahan...
abah tak nak, dia cuma makan buah dan kuih ....aku tak sampai hati , aku terus call mak menyampaikan hajat abah nak menjamah gulai nangka....tp..mak tak dpt nak tunaikan permintaan abah ...:(
2/10/2011 (ahad)..Aku menerima pangilan dr mak, Abah dah tak sedarkan diri!!
aku terus bergegas ke hospital...aku hampiri abah...abah dah tak boleh bukakan mata, tangan,kaki abah dah sejuk, kekuningan......(dlm hatiku...tak sempat abah nak jamah gulai nangka yg diinginkannya...)
3/10/2011 (Isnin )..Lepas hantar anak2 keskolah aku terus ke hospital, aku risaukan keaadaan abah, tp..masih abah masih tak sedarkan diri, hnya doaku sentiasa mengiringi moga abah sedar dan sembuh, ptg tu abah dh nazak, jantung abah berhenti sekejap..skrg abah hnya mampu mengunakan mesin penafasan utk bernafas..!!
...aku rindukan suaranya...."abahhh..!!angah xpuas bermanja dgn abah lg...jgn tglkan ngah..."
setiap saat air mata ni sentiasa jd penemanku.......

Rindu senyuman dan suara abah.....

Kesian abah,,,abah masih tak sedarkan diri..

abah hnya mampu bernafas mengunakan mesin penafasan

5/10/2011 (rabu) pg2 aku ke hospital lg..Alhamdulilah....!!Abah ada perubahan sikit dah tak gunakan mesin tu lg, tp..abah masih xsedarkan diri..
malamnya aku ingin menjaga abah ,,,biarpun penat dan mengantuk,,aku nak berada disisi abah setiap masa....



6/10/2011(khamis ) Dalam jam 6 Pg aku tingalkan abah sementara aku blik ke rumah untuk menyediakan persiapan anak2 keskolah...dan kerja2 harianku..
tp, tiba2 dalam jam 11pg mak call dr hospital abah dah tenat,, aku bergegas kesana semula,,,Jantung Abah berhenti berdegup..:(
Kebetulan doc yg merawat abah ada disitu then aku berpeluang menanyakan tentang kaadaan abah,,,,
berlinangan air mataku...bila doc ckp abah betul2 dah tak harapan,,,cuma tggu masa utnk meninggakan kami semua....Abah dah kritikal,Tekanan Darah abah makin rendah, Ubat dah maksimun doc kasi dia pon dh tak blh nak buat apa2 lg....hati Abah dah rosak terus dan puncanya dr hepatitis B....doc ckp lg,,lepas ni doc tak gunakan lg mesin jika jantung abah berhenti berdegup....................abah .....................
bacaan yassin sentiasa ditelinga abah, begitu jg doa kami adik beradik....
jika abah pergi dulu,aku redha......

Wajah Abah Disaat Akhir....

7/10/2011(Jumaat) Jam 12.52pg Abah menghembuskan Nafasnya yg Terakhir….Ya ALLAH,,Aku dah tak mampu Berkata2 Hnya Air Mata Berlinangan …Wajah Abah Ku Tatap penuh pilu Dan Sayu…Wajah Itulah yg Menjadi Penambat Hatiku Dikala Aku bermasalah,,Dan kerinduan TerhadapNya……Dialah Sahabatku bkn sekadar ayah..!!

Abah Dah Siap Dikafankan..Dimandikan …Dan DiSembahyangkan Oleh Imam hospital, Lebih Kurang Jam 4pgi Abah dibawa kerumah Bersama van Jenazah Dan Diiringi aku Dan Emak,,,11pagi Abah Disembahyangkan Sekli lagi oleh Jiran2 Dan Saudara mara ….Dan… tiba saatnya Wajah Abah ditutupi dgn kain Kafan Bermakna itulah Wajah Abah ditatapi kami Sekeluarga Untuk Kali Terakhir,,,Kuciumi Dahinya dgn Keamatan, Kupeluknya Penuh kerinduaan menanti,,Ku Usap Badannya penuh Kesayangan…..

11pagi Abah Selamat Dikebumikan,Syukur Alhamdulilah..Segalanya dipermudahkan….Moga Abah Bersemadi tenang Disana Dan Ditempatkan dikalangan org2 yg beriman….Amin…..

Susahnya aku nak terima Ketentuan ini, Tp Aku Terpaksa Terima jg, walaupun menangis air mata darah sekalipun Abah takkan Bernyawa semula.....

Aku Redha......

Air Mata Sentiasa menjadi Penemanku, Foto2 Abah Sewaktu Dihospital Sentiasa menjadi tatapanku juga, Wajah Dan Susuk Tubuhnya terbayang2 Disetiap penjuru Rumah...Aku Dah Mulai Rindukannya...Kain Pelikat Abah Menjadi Pelukkan ku.......Abah....Angah Redha,Angah akan Menjaga Emak Walau apa2 pun Yg terjadi...tenanglah Mu disana.....Suatu tika nanti Kita akan bertemu Jua....

Dan......

Ketahuilah Betapa Ku Sungguh menyayangimu ABAH....

AL-FATIHAH....



(Petikan Dari Diariku )

Saat Berjauhan!!

ole2 hb utk anak2nya...nyum3


Tak suka.. Tak suka...!! Inilah pertama kli hb berjalan jauh tanpa aku Dan ank2...huhu... Beratnya hati ni nk melepaskannya tp, aku tak nak mengongkong kebebasannya memandangkan waktu nya sentiasa dikedai.... Keje! Keje ! Keje!! Dari Pg sampai mlm.... Aku kesiankannya.....biarlah sesekali dia men'enjoykan dirinya Walaupun berat hati nak melepaskannya pergi...huhuuh..... Lgpun trip itu bersama dgn saudara lelakinya..huhu..,so, aku tdk merasa curiga.. Aku ikhlaskan pemergiaannya....aku hanya mampu mendoakan dia selamat pergi dan balik...
Khamis flight hb pukul 7pg,,so..mlm td aku terpksa menghantarnya bersama anak2....
hari ni memg ketiadaan mood, makan pon tak berselera...nape enth!
(Jumaat,30/sept/2011) anak2 tak bersekolah hari ni, ....pg2 aku kehospital abah pulak admit mlm td kerna tak sedarkan diri so..aku terpksa menjaganya dihospital higga ke subuh hari....lps tu aku blik kerumah dan dpt jg lelapkan mata dlm 2jam, memg mengantuk sgt 2mlm ni kurang tidur.....lg berulang alik ke hospital....
1/10/2011 (ahad) aku menjemput hb ke bentong kerana lps trun dr flight hb terus ke bentong rumah abangnya...dalam pukul 7mlm hb sampai..alhamdulilah....
rinduku terubat jua....



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

~Thank You For Visiting My Blog ~