Sunday, December 11, 2011

Ombak rindu movie...

Sebenarnya Ombak Rindu ni adalah cerita dr sebuah Novel....dan dalam byk2 novel yg pernah ku baca yg inilah paling tersentuh dan aku blh menghabiskan dalam msa 2hari je! klau tidak silap aku pernah menulisnya kisah ini di my blog ...

malah tertunggu2...ternanti2....dan tertnya2...."Klaulah OMBAK RINDU ini difilemkan....."....http://waty-bicarahati.blogspot.com/2011/12/ombak-rindu-movie.html
Dan..Akhirnya!! itu dah menjadi kenyataan, pertama kali melhat iklannya ditelevision, mcm tdk kusangka...
ianya difilemkan jg..so..aku tidak mahu terlepas peluang ini, aku mesti ke panggung!! hehehe...
Pada 2 hbulan/12 bru2 ni Aku dh nekad mesti menonton filem ini walaupun terlepas sehari dan memandangkan kawan2 pun turut serta...so..aku tdk keseorangan..')
3show terlepas, tiket full! adusss....mcmmana ni...huhuh..dtg dr jauh2 tp...tak bermakna rasanya klau terlepas menontonnya...
tp..Alhamdulilah...kebetullan anak kwanku bkerja part time di pawagam itu, rasa cerahlah peluangku..hehehe..akhirnya dapat jg tiket walaupun lewat...huhuh...
 dapat bergambar dgn patungnya pon dh ok..huhu...



 Dah Habis Kisah OMBAK RINDU ...hehehe
Memandangkan kebebasan ku terhad , so..dihari itu jg aku mengambil peluang untuk berjumpa kwan2 dr Group LUAHAN HATI https://www.facebook.com/groups/195819250444973/
Biasalah satu hari memg tak puas lgpun memandangkan itulah pertama kali bersua..
antara pic2 yg sempat dirakam kan utk dijadikan kenangan...;)






Tuesday, November 29, 2011

Cuti2 Di Cherating resort




Assalamualaikum & Salam Sejahtera ,,,
lama tak Menaip disini, cuma jengah jer disaat rindukan Arwah Abah , terima kasih utk kwan2&pengunjung yg sudi menyinggah disini,,...ketahuilah Disinilah tptku menghilangkan kerinduaan terhadap Abah, aku Sayangkan Blog ini, so...Aku Create Page khas utk Abah supaya ianya tdk hilang dimata mahupun dihati...:(...Sebulan lebih dah berlalu...Moga Abah tenang disana...AL-FATIHAH,
Alhamdulilah pada 18/11 Selesai sudah Majlis Tahlil utk Arwah untuk hari ke 40,,,semuanya berjalan lancar,,,,dan... Abah juga Dah makin jauh dgn Kami...............

Setelah semua selesai, aku bercadang untuk mencari ketenangan dan kedamaian,,,ye..!!..mgkin bercuti.....tp..sayangnya suami tiada, dia keluar negara lg....
perancangan sbenarnya tanpa membawa anak2 ke destinasiku nti, tp..aku tak sampai hati nak tinggalkan diaorg , biarlah kemana jua aku tuju anak2 ada bersamaku, lgpun cuti skolah sudah pun bermula.....
19/11/2011.....Aku, Anak2 Dan kawanku yg ku kenal dr bangku sekolah menengah lg,,Muzalina...merancang utk kekuantan saja , Aku rasa lbh selesa klau drive dr menaiki Bus Memandangkan keselamatan anak2 dan keselesaan...walaupun anak perempuanku beria2 ingin menaiki bus....huhuh
LisNaRee RESORT at Cherating.kuantan destinasi tujuan kami, walaupun tidak gah seperti resort2 bertaraf 5bintang tp,,Alhamdulilah Semuanya dalam kaadaan sempurna yg penting anak2 pun suka!!

----










Sunday, October 16, 2011

Besday abah..!!

Arwah bersama cucu2 Kesayangannya,,,,


Hari Ni 16/10/2011 Hari Lahir Abah yg Ke 63..
Selamat Hari Lahir Abah,,,,
Abah dah takde,,,,sekarang semuanya tinggal kenangan,,,,
Sekarang baru ku Rasa Kehilangan yg amat besar dalam hidupku,,,
"Abah,,,,Angah Rindu kat Abah........"
PergiMu Tak akan Berganti lagi......

Satu Rindu...
Abah...Dia Telah Berjuang Membesarkan, Mendidik Dan Mengasihaniku...
Dalam Suka Duka, Dalam Sedih Dan Tawa,Dalam Kesempitan Dan Kelapangan Rezeki..

Abah....Hnya Dia Yang tahu Bagaimana Menterjemahkan Kasih Sayang kepadaku, Meskipun Menurut Kita Hal itu Mustahil...
Abah...Kini Kau Telah Tiada...
Ya ALLAH...berilah kelapangan Kubur Abahku, Ringankanlah Azabnya,Tutupkanlah Pintu Menuju Neraka Dan Bukakanlah Pintu Menuju Surga...
Al-Fatihah....

Tuesday, October 4, 2011

Abah Dalam kenangan....

Abah...Insan Yg paling Kusygi....




Saat abah dimasukkan ke hospital..


Hari ke 2 dihospital , abah mampu berckp dan senyum...

Kesian abah...agaknya mgkin inilah sbd kelopak mata kiriku bergerak dlm semiggu ini....menerima dugaan sebegini yg sungguh berat untuk kuterima, rapuh hati ku ! apa bila abah terlantar kesakitan dan lg terasa pabila doc ckp abah mengalami msalah pada hati dan buah pgangnya .....Ya ALLAH! selamatkanlah abahku, berilah dia kesihatan sediakala....
pg2 aku kehospital lg, risaukan abah kerana dr smlm abah tak sedarkan diri....tp, setelah aku sampai ke wad, syukur Alhamdulilah aku lihat dr jauh abah dan mula sedar dan menyambut kedtgan ku dgn senyuman kesakitan....doc memberitahu yg abah terpksa discan di perut dan dada bg mengetahui puncanya yg sebenarnya kerana sebelom ini doc hnya mmbuat andaian, aku takut..!!...kerana sebelom ni doc memberitahu yg abah suspect cancer hati.......tp, ketakutan ku terbukti benar, abah cuma ada 50-50 harapan utk hidup,,,mcm tak percaya apa yg doc ckp tu..mgkin main2 je kot..aku masih igt kata2 abah.."abah ni akan mati msa umur 70 nti..dgn senda guraunya "...16/10 ni genap umur abah 63 thn...
ajal maut ditgn tuhan, aku reda dan rela andai abah pergi dulu.......
Dah 2 hari abah berpuasa, kesian abah asyik mengadu lapar,,,so..akau cuba meminta keizinan dr doctor, doc menginzinkan tp makan dalam kuantiti yg sedikit bimbang infect pada hati abah...
aku tnya abah,,,apa abah nak makan...dia berfikir sejenak..."abah nak gulai nangka dgn limpa"...so..aku tanpa berlengah terus ke kantin hspital mencari apa yg abah minta ,tp..sayangnya...tiada...aku belikan gulai ayam msak lemak, dgn buahan...
abah tak nak, dia cuma makan buah dan kuih ....aku tak sampai hati , aku terus call mak menyampaikan hajat abah nak menjamah gulai nangka....tp..mak tak dpt nak tunaikan permintaan abah ...:(
2/10/2011 (ahad)..Aku menerima pangilan dr mak, Abah dah tak sedarkan diri!!
aku terus bergegas ke hospital...aku hampiri abah...abah dah tak boleh bukakan mata, tangan,kaki abah dah sejuk, kekuningan......(dlm hatiku...tak sempat abah nak jamah gulai nangka yg diinginkannya...)
3/10/2011 (Isnin )..Lepas hantar anak2 keskolah aku terus ke hospital, aku risaukan keaadaan abah, tp..masih abah masih tak sedarkan diri, hnya doaku sentiasa mengiringi moga abah sedar dan sembuh, ptg tu abah dh nazak, jantung abah berhenti sekejap..skrg abah hnya mampu mengunakan mesin penafasan utk bernafas..!!
...aku rindukan suaranya...."abahhh..!!angah xpuas bermanja dgn abah lg...jgn tglkan ngah..."
setiap saat air mata ni sentiasa jd penemanku.......

Rindu senyuman dan suara abah.....

Kesian abah,,,abah masih tak sedarkan diri..

abah hnya mampu bernafas mengunakan mesin penafasan

5/10/2011 (rabu) pg2 aku ke hospital lg..Alhamdulilah....!!Abah ada perubahan sikit dah tak gunakan mesin tu lg, tp..abah masih xsedarkan diri..
malamnya aku ingin menjaga abah ,,,biarpun penat dan mengantuk,,aku nak berada disisi abah setiap masa....



6/10/2011(khamis ) Dalam jam 6 Pg aku tingalkan abah sementara aku blik ke rumah untuk menyediakan persiapan anak2 keskolah...dan kerja2 harianku..
tp, tiba2 dalam jam 11pg mak call dr hospital abah dah tenat,, aku bergegas kesana semula,,,Jantung Abah berhenti berdegup..:(
Kebetulan doc yg merawat abah ada disitu then aku berpeluang menanyakan tentang kaadaan abah,,,,
berlinangan air mataku...bila doc ckp abah betul2 dah tak harapan,,,cuma tggu masa utnk meninggakan kami semua....Abah dah kritikal,Tekanan Darah abah makin rendah, Ubat dah maksimun doc kasi dia pon dh tak blh nak buat apa2 lg....hati Abah dah rosak terus dan puncanya dr hepatitis B....doc ckp lg,,lepas ni doc tak gunakan lg mesin jika jantung abah berhenti berdegup....................abah .....................
bacaan yassin sentiasa ditelinga abah, begitu jg doa kami adik beradik....
jika abah pergi dulu,aku redha......

Wajah Abah Disaat Akhir....

7/10/2011(Jumaat) Jam 12.52pg Abah menghembuskan Nafasnya yg Terakhir….Ya ALLAH,,Aku dah tak mampu Berkata2 Hnya Air Mata Berlinangan …Wajah Abah Ku Tatap penuh pilu Dan Sayu…Wajah Itulah yg Menjadi Penambat Hatiku Dikala Aku bermasalah,,Dan kerinduan TerhadapNya……Dialah Sahabatku bkn sekadar ayah..!!

Abah Dah Siap Dikafankan..Dimandikan …Dan DiSembahyangkan Oleh Imam hospital, Lebih Kurang Jam 4pgi Abah dibawa kerumah Bersama van Jenazah Dan Diiringi aku Dan Emak,,,11pagi Abah Disembahyangkan Sekli lagi oleh Jiran2 Dan Saudara mara ….Dan… tiba saatnya Wajah Abah ditutupi dgn kain Kafan Bermakna itulah Wajah Abah ditatapi kami Sekeluarga Untuk Kali Terakhir,,,Kuciumi Dahinya dgn Keamatan, Kupeluknya Penuh kerinduaan menanti,,Ku Usap Badannya penuh Kesayangan…..

11pagi Abah Selamat Dikebumikan,Syukur Alhamdulilah..Segalanya dipermudahkan….Moga Abah Bersemadi tenang Disana Dan Ditempatkan dikalangan org2 yg beriman….Amin…..

Susahnya aku nak terima Ketentuan ini, Tp Aku Terpaksa Terima jg, walaupun menangis air mata darah sekalipun Abah takkan Bernyawa semula.....

Aku Redha......

Air Mata Sentiasa menjadi Penemanku, Foto2 Abah Sewaktu Dihospital Sentiasa menjadi tatapanku juga, Wajah Dan Susuk Tubuhnya terbayang2 Disetiap penjuru Rumah...Aku Dah Mulai Rindukannya...Kain Pelikat Abah Menjadi Pelukkan ku.......Abah....Angah Redha,Angah akan Menjaga Emak Walau apa2 pun Yg terjadi...tenanglah Mu disana.....Suatu tika nanti Kita akan bertemu Jua....

Dan......

Ketahuilah Betapa Ku Sungguh menyayangimu ABAH....

AL-FATIHAH....



(Petikan Dari Diariku )

Saat Berjauhan!!

ole2 hb utk anak2nya...nyum3


Tak suka.. Tak suka...!! Inilah pertama kli hb berjalan jauh tanpa aku Dan ank2...huhu... Beratnya hati ni nk melepaskannya tp, aku tak nak mengongkong kebebasannya memandangkan waktu nya sentiasa dikedai.... Keje! Keje ! Keje!! Dari Pg sampai mlm.... Aku kesiankannya.....biarlah sesekali dia men'enjoykan dirinya Walaupun berat hati nak melepaskannya pergi...huhuuh..... Lgpun trip itu bersama dgn saudara lelakinya..huhu..,so, aku tdk merasa curiga.. Aku ikhlaskan pemergiaannya....aku hanya mampu mendoakan dia selamat pergi dan balik...
Khamis flight hb pukul 7pg,,so..mlm td aku terpksa menghantarnya bersama anak2....
hari ni memg ketiadaan mood, makan pon tak berselera...nape enth!
(Jumaat,30/sept/2011) anak2 tak bersekolah hari ni, ....pg2 aku kehospital abah pulak admit mlm td kerna tak sedarkan diri so..aku terpksa menjaganya dihospital higga ke subuh hari....lps tu aku blik kerumah dan dpt jg lelapkan mata dlm 2jam, memg mengantuk sgt 2mlm ni kurang tidur.....lg berulang alik ke hospital....
1/10/2011 (ahad) aku menjemput hb ke bentong kerana lps trun dr flight hb terus ke bentong rumah abangnya...dalam pukul 7mlm hb sampai..alhamdulilah....
rinduku terubat jua....



Wednesday, September 28, 2011

Kasihnya Ibu Berkorban Nyawa.....


...Cerita ni sy copy dr fb kawan,,,,memg sgt2 menghayat hati bagaimana besarnya pengorbanan seorg ibu....
harap dijadikan renungan untk semua....sayangilah ibu bapa kita sementara mereka masih bernyawa.......



Ini adalah kisah benar tentang pengorbanan ibu semasa gempa bumi yang berlaku di Jepun.

Selepas gempa bumi reda, apabila penyelamat tiba di tempat runtuhan di mana rumah seorang wanita muda, mereka melihat mayat beliau melalui retakan tanah. Tetapi kedudukan mayat itu agak pelik seperti dia melutut serta dua tangan seolah-olah menahan atau menyokong sesuatu. Rumah yang runtuh itu pula telah terhempas di belakang dan kepalanya.

Begitu payah sekali, pemimpin pasukan penyelamat memasukkan tangannya melalui jurang yang kecil di antara dinding yang runtuh itu untuk mencapai badan wanita malang tersebut. Beliau berharap agar wanita itu masih hidup. Walaubagaimanapun, badan wanita yang sejuk dan kaku itu tentu sekali memberitahunya bahawa wanita itu telah meninggal dunia.

Pemimpin pasukan penyelamat dan seluruh pasukannya meninggalkan rumah itu dan mencari runtuhan bangunan yang lain. Entah kenapa, ketua pasukan ini seperti didorong oleh satu kuasa untuk kembali ke runtuhan rumah resebut. Sekali lagi, dia melutut dan menggunakan tangannya di celah-celah retakan itu untuk mencapai mayat wanita tersebut. Tiba-tiba, dia menjerit dengan gembira, “Seorang kanak-kanak! Terdapat kanak-kanak!”

Seluruh pasukan bekerja dengan berhati-hati untuk membuang sisa runtuhan yang menimpa wanita malang tersebut. Terdapat seorang anak kecil, lelaki yang berusia 3 bulan dibalut dengan selimut bunga-bunga di bawah mayat ibunya. Jelas sekali, wanita itu telah membuat pengorbanan yang besar untuk menyelamatkan anaknya. Apabila rumahnya runtuh, dia menggunakan tubuhnya sebagai perlindungan untuk anaknya. Budak lelaki itu masih tidur dengan nyenyak apabila ketua pasukan itu mengambilnya.

Doktor perubatan datang untuk memeriksa budak lelaki itu dan apabila selimut itu dibuka terdapat telefon bimbit bersamnya. Di dalam telefon itu tertulis satu mesej yang berkata, “Jika kamu hidup, kamu harus ingat bahawa mak sayangkan kamu.” Telefon bimbit itu bertukan tangan dari satu tangan ke tangan lain. Mereka yang membaca mesej itu pasti akan menangis. “Jika kamu hidup, kamu harus ingat bahawa mak sayangkan kamu.” Begitulah kasih sayang seorang ibu untuk anaknya!! :sad:

Wednesday, September 21, 2011

WAHAI SUAMI, HORMATILAH ISTERI MU.....


BISMILLAHIR ROHMA NIR ROHIM

Suami memainkan peranan yang penting sebagai pemimpin dalam hubungan suami dan isteri agar keharmonian rumahtangga terpelihara dalam memastikan perjalanan dan keperluan kehidupan itu dipenuhi sebaiknya. Tidak dinafikan ada waktu-waktu suram ketika bersama namun itu tidak patut menjadi halangan kerana ianya membantu mematangkan kehidupan pada masa depan. Buat si suami anda memang raja tetapi berilah penghargaan dan hormatilah isterimu selalu. Mari kita berkongsi sedikit sebanyak nasihat dari Dato' Dr Fadhilah Kamsah dalam menghargai isterimu.

01.Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

02.Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil itu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

03.Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

04.Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

05.Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing dan berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

06.Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

07.Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai giliran isteri, yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

08.Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

09.Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10.Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut? Sudah kahwin makin menjadi-jadi pulak ye..

11.Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12.Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga. Cuba perihatin dan buat penilaian sebaiknya.. ingat ada perkara diluar jangkauan dan pemahaman lelaki..

13.Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14.Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15.Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16.Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking sahaja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Tentulah isteri yang akan jaga awak..

18.Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

19.Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami adalah pemimpin, namun sangat elok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan.

20.Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama.Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka, belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.

21.Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali...

22.Jangan buat 'bodoh' kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang perempuan sensitif. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri.

Suami diberi tanggungjawab yang amat besar sebagai pemimpin keluarga. Kepimpinan seorang suami bukan bermakna dia berkuasa melakukan apa sahaja. Apa yang dimaksudkan sebagai kepimpinan ialah seorang suami yang mampu memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya. Melayan isterinya serta keluarganya dengan baik, menjadi pelindung kepada keluarganya dan yang paling penting harus menjadi pendakwah dalam keluarganya.

Isteri juga mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam keluarga. Ketaatan dan kesetiaan seorang isteri menjamin kebahagiaan rumahtangga yang dibina. Isteri harus menjaga kehormatan dirinya semasa ketiadaan suami selain ikhlas dan sabar menjaga anak-anak dan harta dalam rumah tangga. Apabila suami atau isteri tahu dan sedar tanggungjawab masing-masing, pembentukan keluarga sakinah akan tercapai. Sebuah keluarga yang sakinah bukan sahaja boleh dibentuk melalui peranan isteri dan suami malah meliputi anak-anak dan ahli keluarga yang lain. Oleh itu, keluarga yang dibentuk harus padat dan lengkap secara berterusan dan konsisten mengamalkan nilai-nilai sakinah yang telah diunjurkan dalam al-Quran dan Sunnah.

Monday, September 12, 2011

U can Do it Anakku!!


Pejam celik, pejam celik sekejapnya msa berlalu....Ajay anak sulung ku dah besar meningkat remaja,,,,Esok (13/sep/2011) dia akan menghadapi Peperiksaan Ujian penilaian sekolah rendah (UPSR)..sebagai anak sulong aku berharap dia akan jd pencetus semngat utk adik2nya..Insyaallah....
"Aku sebagai Ibu sentiasa mengharapkan yg terbaik utknya...Buat yg terbaik ye..jgn hampakan harapan Mak dan Abah...
Mak sentiasa mendoakan ajay.."
” Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum,Ya Rahman,Ya Rahim,Ya Latif,Ya Jabbar,Ya Khaliq,Ya Allah permudahkanlah anakku di dalam urusannya untuk menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu. Tenangkanlah hati nya untuk menerima ilmu-Mu,lapangkanlah jiwa nya untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah nya dengan rahmat-Mu.Amin Ya Rabbalalamin..”

Aku, Raya, Keluarga dan kawan2...

Hari Raya Kali Ini yg serba Sederhana,,,walau bgaimana pon aku Bersyukur diatas nikmat yg diberi..Alhamdulilah! Seperti thn2 sudahnya setiap kali menjelang raya aku akan membuat persiapan yg seadanya,,
Kebiasaan menjelang hari raya aku akan pulang ke Kg sehari sebelom aidilfitri tp.., kali ini pagi raya baru aku pulang ke kg, sebenarnya aku merasakan raya kali ini suram,sedih, pilu dan dimana air mata jg sentiasa mengalir...lg sebak bila memandang wajah tua abah dan emak..
aku takut kehilangan mereka, .sbd tu aku akan berusaha buat yg terbaik dan termampu utk mereka..Insyaallah....
Sebenarnya aku rindukan RAMADAN, kerana ramadan kali ini sungguh memberi seribu makna buat aku, aku rasa ramadan ini mengajar aku erti Kehidupan dan menghadapinya, aku bersyukur sgt2...aku berharap ramadan akan dtg aku sempat menemuinya, ialah...ajal maut dan pertemuan ditgnNYA kan, kita tak tau bila kapan ajal kita dijemput....:Insyaallah..(yg pasti aku seronok berjumpanya!!(ramadhan)....
Berbalik semula cerita tentang raya.....Suami tdk dpt cuti (kebiasaanya utk thn2 sudah..)terpaksa kerja,tak seronok kan.?? tak bermakna rasanya...tp..aku dah biasa.........anak2 jd peneman dh cukup buatku,raya pertama aku hnya temani abah yg tak berapa sihat dan menolong emak..Kesian Abah , bila ku tatap wajah tuanya aku sedih,,,,dulu dia gagah! Kuat!! sekarang Berjalan pon tak mampu....aku sebagai anak akan sentiasa igt pengorbanannya ...
Raya ke dua, aku hnya duduk dirumah( rumh sendiri)/layan Tv..Makan..makan..dan terus makan..hehehe...lgpun kesian hb takde sape nak temankannya...
Raya ke tiga, aku plan dgn kwan2 berkonvoi raya..yg tdk seberapa meriahnya kerana masa yg sungguh terhad, tp..aku seronok bila berjumpa kwan2 skolah walaupun sekejap....;)











Monday, August 15, 2011

Special moment with maniz sweet ( my bespren )

Assalamulakum dan salam sejahtera!!
just nak citer ,,perjumpaan kami kawan2 dgn Maniz sweet (nama samaran) pada 30hb7,2011 (sabtu) baru2 ni...kiranya sehari seblum umat islam berpuasa,,maniz tp, panggilan miss u,As,(itu je yg sy tau..haha..) aduss..! byak betol nick name minah nih..kekekek,,,
Miss berasal dr Sabah,, jauhh tu....huhu, sebenarnya peracangan ni dh buat pada bulan mei , tp...ada beberapa halangan so!! di postpone pada tarikh dan hari berikutnya.....Alhamdulilah! akhirnya kami berjumpa jg walaupun satu hari tp rasanya mcm beberapa jam jer, tak puas beramas mesra.....huk ..huk..huk....;) selain aku, as tongek, aina yg montel dan Que pon sertai kami, seronok!! meriah mcm2 cerita lbih2 lg as tongek dgn mulut pok pek pok pek nya..hahahhaa..
Jeng,, jeng..jengggggggg..!!tapiiiii..... Insyaallah bulan oktober 2011 nti kami berkesempatan untk berjumpa lg!! hehehehe....
Dibwah Ni antara kenangan2 yg kami abadikan..........~

Doaku untuk Kalian, Moga Persahabatan ini akan kekal utk selamanya..!!














Saturday, August 13, 2011

Abang tunggu mak di syurga ,,

Hargai & sayangi org2 disekeliling kita sementara mereka masih bernyawa.....
Kisah Benar : "Abang,tunggu mak di syurga ya"

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?

Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu.

Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang.

Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.

Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.

Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.

Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah 'reput'. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.



26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah!

Hah Hah.. Tergelak mak.Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah,

Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta.

Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.

Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.


7 Mac 2011- Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang.

Mak bawa abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.

Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi.

Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan abang? Mak jawab: "InsyaAllah, abang akan sihat!"

Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahumereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.

Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.


13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.

Di rumah, setiap hari mak akan tanya: "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: "Mak, abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala.

Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!"

Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus diacapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu.

Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi: "Abang nak apa?"

Abang jawab: "Abang nak naik lori sampah!"

Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?"

Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.

Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya.

Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang.

Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak peri,semuanya mak tunaikan!

Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam abang teringin nak makan. Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikanwalaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi!

Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan.

Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaringsambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!"

Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.


5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!"

Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura. , doktor yang sinonim merawat abang datang melawat.

Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilantak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini.

Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini.

Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sanka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta.

Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik.





8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaringmerenung kek itu.

Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.

Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: "Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi.

"Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!"

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia





Abang pada tahun 2007.



9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu. Pakul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai.

Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak taj sinar matahari tu? Cantikkan?"

Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu.

Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak.

Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang.

"Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja."

Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba!

Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: "Makkk..sakit perut..!"

Dan abang terus memanggil: "Makkkkk!". Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!"

Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalammata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!"

Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang.

Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya.

Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!" Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah... Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: "Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"
Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis?

Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.

Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.

Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.

Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.

Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.

Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang ta[i... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.
Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidka lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

~Thank You For Visiting My Blog ~